Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang memiliki tahap kecelikan dan urus tadbir kewangan yang baik dan sempurna. Walaupun pencapaian tersebut sepatutnya memberikan impak positif kepada tingkah laku kewangan penduduknya, namun prestasi simpanan wang khususnya yang bermotifkan persaraan kekal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Salleh @ Salleh Wahab
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32874/2/Peranan%20literasi%20kewangan%20pengurusan%20kewangandan%20dorongan%20tingkah%20laku%20terhadap%20simpanan%20persaraan%20di%20Malaysia.24PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32874/1/Peranan%20literasi%20kewangan%20pengurusan%20kewangandan%20dorongan%20tingkah%20laku%20terhadap%20simpanan%20persaraan%20di%20Malaysia.FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ums-ep.32874
record_format uketd_dc
institution Universiti Malaysia Sabah
collection UMS Institutional Repository
language English
English
topic BF698-698.9 Personality
HG179 Personal finance
spellingShingle BF698-698.9 Personality
HG179 Personal finance
Mat Salleh @ Salleh Wahab
Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia
description Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang memiliki tahap kecelikan dan urus tadbir kewangan yang baik dan sempurna. Walaupun pencapaian tersebut sepatutnya memberikan impak positif kepada tingkah laku kewangan penduduknya, namun prestasi simpanan wang khususnya yang bermotifkan persaraan kekal berada pada paras yang rendah dan mendukacitakan. Justeru itu, kajian kuantitatif ini dilaksanakan bagi memahami pengaruh sebenar faktor literasi kewangan mengikut peringkat pencapaian yang berbeza, serta peranan pengurusan kewangan dan dorongan perilaku niat terhadap simpanan persaraan di kalangan pekerja di Malaysia. Selain itu, fungsi pengantaraan selari yang menjadi antara alternatif bagi mengimbangi kepantasan tindak balas dan pemikiran dinamik masa kini juga diaplikasikan untuk menilai sikap individu, pengaruh sosial, dan faktor kawalan terhadap hubungan konstruk endogenus dan eksogenus dalam model struktur. Sejumlah 194 maklum balas sampel secara soal selidik telah diterima dan disahkan untuk analisis akhir menggunakan program statistik IBM SPSS, Model Persamaan Berstruktur (SmartPLS), dan PROCESS Macro. Hasil kajian menunjukkan berlakunya perbezaan pengaruh di antara literasi kewangan asas dengan literasi kewangan mahir. Literasi asas yang berkaitan dengan aktiviti rutin dan transaksi kewangan harian telah gagal menunjukkan kesan pengaruh yang signifikan. Sebaliknya, literasi kewangan mahir yang menyentuh kepada keupayaan pengetahuan individu terhadap instrumen dan portfolio kewangan seperti saham, ban, dan sebagainya didapati mempengaruhi secara positif dorongan perilaku niat simpanan persaraan. Literasi kewangan asas hanya mengukur keupayaan kognitif untuk berfungsi secara logik, manakala literasi kewangan mahir pula mendorong kepada perilaku niat dan seterusnya proses keputusan dan tingkah laku kewangan individu khususnya simpanan wang persaraan yang sempurna. Fungsi pengurusan kewangan yang menyentuh aktiviti penerimaan, perbelanjaan, simpanan, dan pelaburan juga dikesan mempengaruhi perilaku simpanan persaraan. Selain itu, dorongan perilaku niatyang merangkumi faktor sikap individu, pengaruh sosial, dan faktor kawalan dikesan mempengaruhi sama ada secara terus, ataupun bertindak sebagai fungsi pengantaraan selari hubungan literasi kewangan mahir dan pengurusan kewangan terhadap perilaku simpanan persaraan. Sebaliknya, tidak terdapat kesan pengantaraan selari hubungan literasi kewangan asas dengan simpanan persaraan, sekali gus mengesahkan kegagalan pengetahuan asas dalam mempengaruhi sama ada secara terus ataupun menerusi fungsi pengantaraan periiaku niatkewangan yang disasarkan. Selain menambah baik kaedah penilaian literasi kewangan dengan menggunakan indeks pengukuran yang berbeza, kajian ini juga memberikan sumbangan teoretikal dengan memperkenalkan model pengantaraan secara selari sebagai alternatif kepada model konvensional sedia ada, menaik taraf model Teori Tingkah laku Dirancang, serta membangunkan model konseptual bagi meramal simpanan wang berbanding rancangan dan keyakinan persaraan. Sebagai sebuah negara inklusif yang dilengkapi dengan sistem dan prasarana moden, kerajaan selaku penggubal dasar boleh melaksanakan beberapa syor penambahbaikan yang dicadangkan, dan sekali gus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi simpanan persaraan dan perilaku niat kewangan di Malaysia.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Mat Salleh @ Salleh Wahab
author_facet Mat Salleh @ Salleh Wahab
author_sort Mat Salleh @ Salleh Wahab
title Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia
title_short Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia
title_full Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia
title_fullStr Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia
title_full_unstemmed Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia
title_sort peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di malaysia
granting_institution Universiti Malaysia Sabah
granting_department Faculty of Business, Economics and Accountancy
publishDate 2020
url https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32874/2/Peranan%20literasi%20kewangan%20pengurusan%20kewangandan%20dorongan%20tingkah%20laku%20terhadap%20simpanan%20persaraan%20di%20Malaysia.24PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32874/1/Peranan%20literasi%20kewangan%20pengurusan%20kewangandan%20dorongan%20tingkah%20laku%20terhadap%20simpanan%20persaraan%20di%20Malaysia.FULLTEXT.pdf
_version_ 1747836568455872512
spelling my-ums-ep.328742022-07-14T06:25:06Z Peranan literasi kewangan, pengurusan kewangan, dan dorongan tingkah laku terhadap simpanan persaraan di Malaysia 2020 Mat Salleh @ Salleh Wahab BF698-698.9 Personality HG179 Personal finance Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang memiliki tahap kecelikan dan urus tadbir kewangan yang baik dan sempurna. Walaupun pencapaian tersebut sepatutnya memberikan impak positif kepada tingkah laku kewangan penduduknya, namun prestasi simpanan wang khususnya yang bermotifkan persaraan kekal berada pada paras yang rendah dan mendukacitakan. Justeru itu, kajian kuantitatif ini dilaksanakan bagi memahami pengaruh sebenar faktor literasi kewangan mengikut peringkat pencapaian yang berbeza, serta peranan pengurusan kewangan dan dorongan perilaku niat terhadap simpanan persaraan di kalangan pekerja di Malaysia. Selain itu, fungsi pengantaraan selari yang menjadi antara alternatif bagi mengimbangi kepantasan tindak balas dan pemikiran dinamik masa kini juga diaplikasikan untuk menilai sikap individu, pengaruh sosial, dan faktor kawalan terhadap hubungan konstruk endogenus dan eksogenus dalam model struktur. Sejumlah 194 maklum balas sampel secara soal selidik telah diterima dan disahkan untuk analisis akhir menggunakan program statistik IBM SPSS, Model Persamaan Berstruktur (SmartPLS), dan PROCESS Macro. Hasil kajian menunjukkan berlakunya perbezaan pengaruh di antara literasi kewangan asas dengan literasi kewangan mahir. Literasi asas yang berkaitan dengan aktiviti rutin dan transaksi kewangan harian telah gagal menunjukkan kesan pengaruh yang signifikan. Sebaliknya, literasi kewangan mahir yang menyentuh kepada keupayaan pengetahuan individu terhadap instrumen dan portfolio kewangan seperti saham, ban, dan sebagainya didapati mempengaruhi secara positif dorongan perilaku niat simpanan persaraan. Literasi kewangan asas hanya mengukur keupayaan kognitif untuk berfungsi secara logik, manakala literasi kewangan mahir pula mendorong kepada perilaku niat dan seterusnya proses keputusan dan tingkah laku kewangan individu khususnya simpanan wang persaraan yang sempurna. Fungsi pengurusan kewangan yang menyentuh aktiviti penerimaan, perbelanjaan, simpanan, dan pelaburan juga dikesan mempengaruhi perilaku simpanan persaraan. Selain itu, dorongan perilaku niatyang merangkumi faktor sikap individu, pengaruh sosial, dan faktor kawalan dikesan mempengaruhi sama ada secara terus, ataupun bertindak sebagai fungsi pengantaraan selari hubungan literasi kewangan mahir dan pengurusan kewangan terhadap perilaku simpanan persaraan. Sebaliknya, tidak terdapat kesan pengantaraan selari hubungan literasi kewangan asas dengan simpanan persaraan, sekali gus mengesahkan kegagalan pengetahuan asas dalam mempengaruhi sama ada secara terus ataupun menerusi fungsi pengantaraan periiaku niatkewangan yang disasarkan. Selain menambah baik kaedah penilaian literasi kewangan dengan menggunakan indeks pengukuran yang berbeza, kajian ini juga memberikan sumbangan teoretikal dengan memperkenalkan model pengantaraan secara selari sebagai alternatif kepada model konvensional sedia ada, menaik taraf model Teori Tingkah laku Dirancang, serta membangunkan model konseptual bagi meramal simpanan wang berbanding rancangan dan keyakinan persaraan. Sebagai sebuah negara inklusif yang dilengkapi dengan sistem dan prasarana moden, kerajaan selaku penggubal dasar boleh melaksanakan beberapa syor penambahbaikan yang dicadangkan, dan sekali gus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi simpanan persaraan dan perilaku niat kewangan di Malaysia. 2020 Thesis https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32874/ https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32874/2/Peranan%20literasi%20kewangan%20pengurusan%20kewangandan%20dorongan%20tingkah%20laku%20terhadap%20simpanan%20persaraan%20di%20Malaysia.24PAGES.pdf text en public https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32874/1/Peranan%20literasi%20kewangan%20pengurusan%20kewangandan%20dorongan%20tingkah%20laku%20terhadap%20simpanan%20persaraan%20di%20Malaysia.FULLTEXT.pdf text en validuser phd doctoral Universiti Malaysia Sabah Faculty of Business, Economics and Accountancy