Pengaruh iklim organisasi sekolah dan efikasi kolektif terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh iklim organisasi sekolah terhadap efikasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Sabah dengan mengetengahkan efikasi kolektif sebagai moderator. Kaedah tinjauan dilaksanakan bagi mengkaji interaksi antara dimensi-dimensi iklim organi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faridah Abdullah @ Muda
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36609/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36609/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh iklim organisasi sekolah terhadap efikasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di Sabah dengan mengetengahkan efikasi kolektif sebagai moderator. Kaedah tinjauan dilaksanakan bagi mengkaji interaksi antara dimensi-dimensi iklim organisasi sekolah, efikasi kolektif dan efikasi guru. Tiga jenis instrumen iaitu School Climate Index (SCI), Collective Efficacy Scale (CES) dan Teachers/ Sense of Efficacy Scale (TSES), digunakan untuk mengumpul data daripada 857 responden yang telah melengkapkan borang kaji selidik. Persampelan bertujuan telah digunakan dalam pemilihan sekolah manakala persampelan rawak pula digunakan bagi pemilihan responden dalam kalangan guru. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk membentangkan dapatan kajian. Keputusan daripada analisis regresi berganda berhierarki menunjukkan bahawa dua dimensi iklim organisasi sekolah merupakan peramal yang signifikan kepada efikasi guru manakala kehadiran efikasi kolektifmendorong kepada peningkatan kepercayaan efikasi guru. Kajian ini mengesahkan bahawa efikasi kolektif merupakan moderator separuh dalam model konseptual yang diuji. Justeru, implikasi kajian terhadap teori dan amalan serta saranan kepada pihak sekolah, pembuat dasar dan cadangan kajian lanjutan dibincangkan dalam kajian ini.