Sejarah perubahan sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong di daerah Serian, Samarahan, Sarawak : 1963-2010

Masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong ialah salah satu kumpulan peribumi luar bandar yang masih ketinggalan dari aspek pembangunan sosioekonomi. Sejak kemerdekaan sehingga tahun 2010, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi penduduk luar bandar, term...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Angelina anak Ansley
格式: Thesis
語言:English
English
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37387/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37387/2/FULLTEXT.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong ialah salah satu kumpulan peribumi luar bandar yang masih ketinggalan dari aspek pembangunan sosioekonomi. Sejak kemerdekaan sehingga tahun 2010, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi penduduk luar bandar, termasuklah masyarakat Bidayuh BukarSadong. Dalam aspek sosial, kerajaan telah memperuntukan kemudahan dalam aspek pendidikan, kesihatan, jalan raya, elektrik dan air. Pembangunan aspek ekonomi ialah dengan memberikan skim bantuan daripada Jabatan Pertanian dan projek pambangunan tanah oleh SALCRA. Usaha pembangunan sosial dan ekonomi memberikan kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong. Kesan yang dialami masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong dilihat menerusi dua tahap iaitu sebelum dan selepas tahun 1980. Sebelum tahun 1980, penyediaan aspek sosial dan ekonomi oleh kerajaan adalah kurang memuaskan dan kesannya, taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh BukarSadong masih mundur. Selepas tahun 1980, pembangunan aspek sosial dan ekonomi semakin memuaskan ekoran perlaksanaan projek pembangunan tanah oleh SALCRA. Waiau bagaimanapun, disebabkan terdapatnya isu, cabaran dan keluhan daripada masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong, sehingga tahun 2010, taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong masih mundur. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk menjelaskan data berasaskan sumber primer, sumber lisan, sumber sekunder. Hasil kajian ini penting kepada usaha memahami proses pembangunan sosioekonomi dalam kalangan masyarakat luar bandar di Sarawak.