Sejarah perubahan sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong di daerah Serian, Samarahan, Sarawak : 1963-2010

Masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong ialah salah satu kumpulan peribumi luar bandar yang masih ketinggalan dari aspek pembangunan sosioekonomi. Sejak kemerdekaan sehingga tahun 2010, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi penduduk luar bandar, term...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Angelina anak Ansley
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
منشور في: 2014
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37387/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37387/2/FULLTEXT.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong ialah salah satu kumpulan peribumi luar bandar yang masih ketinggalan dari aspek pembangunan sosioekonomi. Sejak kemerdekaan sehingga tahun 2010, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi penduduk luar bandar, termasuklah masyarakat Bidayuh BukarSadong. Dalam aspek sosial, kerajaan telah memperuntukan kemudahan dalam aspek pendidikan, kesihatan, jalan raya, elektrik dan air. Pembangunan aspek ekonomi ialah dengan memberikan skim bantuan daripada Jabatan Pertanian dan projek pambangunan tanah oleh SALCRA. Usaha pembangunan sosial dan ekonomi memberikan kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong. Kesan yang dialami masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong dilihat menerusi dua tahap iaitu sebelum dan selepas tahun 1980. Sebelum tahun 1980, penyediaan aspek sosial dan ekonomi oleh kerajaan adalah kurang memuaskan dan kesannya, taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh BukarSadong masih mundur. Selepas tahun 1980, pembangunan aspek sosial dan ekonomi semakin memuaskan ekoran perlaksanaan projek pembangunan tanah oleh SALCRA. Waiau bagaimanapun, disebabkan terdapatnya isu, cabaran dan keluhan daripada masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong, sehingga tahun 2010, taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong masih mundur. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk menjelaskan data berasaskan sumber primer, sumber lisan, sumber sekunder. Hasil kajian ini penting kepada usaha memahami proses pembangunan sosioekonomi dalam kalangan masyarakat luar bandar di Sarawak.