Pengaruh komuniti pembelajaran profesional, kemahiran berfikir aras tinggi dan penggunaan i-think terhadap kompetensi guru sains di Sabah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan komuniti pembelajaran profesional (PLC), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT} dan penggunaan I-think terhadap kompetensi guru sains di Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif. Kajian ini melibatkan 250...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roziah Rusdin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37587/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37587/2/FULLTEXT%20%281%29.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan komuniti pembelajaran profesional (PLC), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT} dan penggunaan I-think terhadap kompetensi guru sains di Sabah. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah penyelidikan kuantitatif. Kajian ini melibatkan 250 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sains yang mengajar di sekolah menengah seluruh Sabah. Kesemua responden telah dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Data dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan anaisis statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Version 20.0). Berdasarkan analisis inferensi didapati analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan kompetensi guru sains berdasarkan jantina. Analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan kompetensi guru berdasarkan umur dan opsyen guru. Analisis Anova sehala juga menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan kompetensi guru berdasarkan umur dan pengalaman mengajar. Analisis Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara komuniti pembelajaran profesional (PLC), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan penggunaan I-think terhadap kompetensi guru sains di Sabah. Selain itu, analisis regresi yang dilakukan menunjukkan komuniti pembelajaran profesional (PLC), dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mempunyai pengaruh terhadap kompetensi guru sains di Sabah berbanding I-think. Implikasi kajian ini menyarankan agar penyelidikan berkaitan komuniti pembelajaran profesional (PLC), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan penggunaan I-think oleh guru dilakukan dari masa ke semasa bagi meningkatkan lagi kompetensi guru selari dengan matlamat dan kehendak kerajaan yang ingin memartabatkan profesion keguruan.