Pembingkaian berita politik : Kajian perbandingan liputan pilihan raya umum ke-13 dalam akhbar tempatan Sabah
Kajian ini bertujuan untuk melihat pembingkaian berita politik dalam perbandingan liputan Pilihan Raya Umum Ketiga belas (PRU-13) dalam akhbar tempatan Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bingkai-bingkai yang digunakan dalam berita politik, mengenal pasti aspek-aspek struktur teks...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37682/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37682/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat pembingkaian berita politik dalam perbandingan liputan Pilihan Raya Umum Ketiga belas (PRU-13) dalam akhbar tempatan Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bingkai-bingkai yang digunakan dalam berita politik, mengenal pasti aspek-aspek struktur teks berita yang ditekankan dalam pembingkaian berita politik dan mengenal pasti isu-isu semasa berita dalam liputan berita politik yang laporkan mengenai PRU-13 dengan menggunakan model Pan dan Kosicki (1993). Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berbentuk kualitatif yang bersifat subjektif untuk menginterpretasikan data-data dalam teks kandungan melalui proses pengekodan. Hasil kajian mendapati wujudnya penggunaan bingkai dalam pelaporan berita politik. Penggunaan aspek struktur teks berita juga didapati di dalam artikel berita yang dikaji yang melihat pada struktur sintaksis, struktur retorik, struktur skrip berita dan struktur tematik. Kupasan isu-isu semasa juga dapat dirungkai melalui kajian yang dijalankan. Secara keseluruhannya, kajian mendapati kenam-enam akhbar ini banyak menggunakan bingkai permainan, bertanggungjawab, demokrasi, konflik dan politik dalam pelaporan berita tentang politik sepanjang pilihan raya umum ke-13. |
---|