Pengaruh keberkesanan pengajaran guru dan kepercayaan motivasi terhadap pembelajaran regulasi kendiri pelajar bahasa Arab sekolah menengah di Sabah

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh keberkesanan pengajaran guru, kepercayaan motivasi terhadap pembelajaran regulasi kendiri pelajar Bahasa Arab sekolah menengah di Sabah. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah di samping menentukan perb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammad Haafiz Ahmid
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37859/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37859/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh keberkesanan pengajaran guru, kepercayaan motivasi terhadap pembelajaran regulasi kendiri pelajar Bahasa Arab sekolah menengah di Sabah. Selain itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah di samping menentukan perbezaan ketiga-tiganya mengikut jenis sekolah menengah (SMK-KAA, SMKA, SMAN). Teori kognitif sosial bertindak sebagai asas panduan kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Seramai 542 sampel pelajar Bahasa Arab dari tiga jenis sekolah menengah di Sabah (SMK-KAA, SMKA, SMAN) diperolehi menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berkadaran dan boleh dianalisis. Data dikumpul menerusi soal selidik Students' Evaluation of Teaching Effectiveness Rating Scale (SETERS), Motivational Beliefs Scale dan Self-Regulated Learning Strategies Scale. Analisis deskriptif dan analisis inferensi ANOVA sehala, korelasi Pearson, regresi berganda dan regresi hierarki merupakan teknik analisis data kajian yang menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan wujud perbezaan signifikan pada keberkesanan pengajaran guru mengikut jenis sekolah menengah di Sabah. Sebaliknya, kepercayaan motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Analisis korelasi pula mendapati hubungan signifikan pada aras sederhana positif pada ketiga-tiga pemboleh ubah. Manakala, analisis regresi berganda dan hierarki telah menunjukkan keberkesanan pengajaran guru dan kepercayaan motivasi secara signifikan mempengaruhi pembelajaran regulasi kendiri. Peramal terbaik bagi pembelajaran regulasi kendiri adalah konstruk nilai intrinsik. Dapatan kajian ini menunjukkan betapa keberkesanan pengajaran guru dan kepercayaan motivasi berpotensi meningkatkan pembelajaran regulasi kendiri pelajar Bahasa Arab sekolah menengah di Sabah. Dapatan turut menunjukkan implikasi kajian terhadap teori kognitif sosial yang telah menyokong interaksi antara keberkesanan pengajaran guru, kepercayaan motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri. Maka ia menjadi petunjuk penting kepada pihak berkepentingan seperti KPM, JPNS, JHEAINS, pentadbir dan guru-guru Bahasa Arab untuk meningkatkan aras keberkesanan pengajaran guru dan kepercayaan motivasi agar dapat memangkin pembelajaran regulasi kendiri dalam kalangan pelajar Bahasa Arab sekolah menengah di Sabah.