Persepsi komuniti tempatan terhadap kepentingan hak tanah adat Kampung Imahit, Tenom, Sabah

Konflik tanah adat semakin kritikal dalam kalangan Orang Asal di seluruh dunia. Di Malaysia khususnya di Sabah, konflik ini merupakan antara isu yang hangat kerana melibatkan pengiktirafan hak Orang Asal terhadap penggunaan tanah, harta benda, amalan adat, budaya dan kepercayaan mereka secara tradis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Medeline Henry Luyan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37931/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37931/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konflik tanah adat semakin kritikal dalam kalangan Orang Asal di seluruh dunia. Di Malaysia khususnya di Sabah, konflik ini merupakan antara isu yang hangat kerana melibatkan pengiktirafan hak Orang Asal terhadap penggunaan tanah, harta benda, amalan adat, budaya dan kepercayaan mereka secara tradisional. Kajian ini membincangkan dan menjelaskan konflik hak tanah adat yang dihadapi oleh penduduk Kampung Imahit, Tenom, Sabah dan menerangkan persepsi komuniti tempatan terhadap kepentingan hak tersebut kepada mereka. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kaedah penjagaan hutan adat, mengkaji kepentingan dan kesan yang dihadapi oleh Orang Asal yang terlibat serta mendapatkan persepsi penduduk berkenaan hak mereka terhadap tanah adat pada masa kini. Kajian berdasarkan pada kupasan literatur, pemerhatian, temu bual dan dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati tanah adat sinonim dengan Orang Asal kerana menjadi asas kepada kehidupan mereka malah keseimbangan ekosistem hut.an dicapai melalui amalan-amalan tradisional secara mapan. Dapatan kajian menunjukkan hak penduduk masa kini berkurangan dan tidak bebas seperti amalan terdahulu.