Novel Ismail Abbas dan Harun Haji Salleh : Satu kajian gagasan persuratan baru

Ismail Abbas (Allahyarham) atau Amil Jaya merupakan anak kelahiran Kata Belud dan seorang penulis novel Sabah yang pertama. Manakala, Harun Haji Salleh (Allahyarham) seorang karyawan perantau Negeri Sembilan yang giat dalam penulisan kreatif sejak tahun 1950-an dan merupakan penulis novel Islam pert...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tuan Sanira Mohd Zawawi
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37939/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37939/1/FULLTEXT.1.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ismail Abbas (Allahyarham) atau Amil Jaya merupakan anak kelahiran Kata Belud dan seorang penulis novel Sabah yang pertama. Manakala, Harun Haji Salleh (Allahyarham) seorang karyawan perantau Negeri Sembilan yang giat dalam penulisan kreatif sejak tahun 1950-an dan merupakan penulis novel Islam pertama di Sabah. Kajian menganalisis tiga novel terpilih Ismail Abbas Cerah (1976), Bagaton {1979), Ngayau (1987) dan tiga buah lagi dari karya Harun Haji Salleh H1dayah (1984), Di Sebalik Sebuah Kubah (1986J Murtad (1992) menggunakan Gagasan Persuratan Baru, seterusnya GPB. GPB merujuk kepada konsep ilmu yang benar, mudah diuji kesahihan dan ketepatannya dalam kritikan sastera, terutamanya novel. Berdasarkan kerangka ilmu yang benar dari konsep tauhid dan ukuran taklif, analisis kajian meneliti persoalan atau pemikiran pengarang terhadap keseluruhan karya tersebut. Pemikiran pengarang turut dilihat dari aspek watak perwatakan dengan mengambil kira keselarasannya dengan tiga falsafah utama GPB, iaitu Hakikat Insan, Hakikat Ilmu dan Amal serta Hakikat dan Fungsi Sastera. Berdasarkan pemikiran tersebut, kajian mendapati aplikasi GPB adalah relevan walaupun ada sesetengah bahagian novel yang kurang menepati hasrat gagasan ini.