Pantun Brunei Sabah : Analisis stilistik

Masyarakat Brunei di Sabah yang berasal dari Brunei Darussalam memiliki pantun yang masih dipelihara oleh sebahagian kecil masyarakatnya. Pantun yang dimiliki oleh orang Brunei hampir mirip dengan pantun masyarakat Melayu di Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka setakat ini hanya mengumpulkan pantun B...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lokman Abdul Samad
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38195/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38195/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Brunei di Sabah yang berasal dari Brunei Darussalam memiliki pantun yang masih dipelihara oleh sebahagian kecil masyarakatnya. Pantun yang dimiliki oleh orang Brunei hampir mirip dengan pantun masyarakat Melayu di Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka setakat ini hanya mengumpulkan pantun Brunei, namun tiada kajian lengkap khasnya menggunakan teori stilistik. Kajian ini adalah kajian lapangan yang telah mengumpul sebanyak 295 rangkap pantun Brunei khususnya di Kota Kinabalu, Papar, Membakut dan Bongawan. Daerah dipilih merupakan lokasi penempatan masyarakat Brunei yang masih memelihara tradisi berpantun. Pantun-pantun dianalisis menggunakan teori stilistik untuk melihat gaya keindahan pengucapan, diksi dan kepelbagaian makna. Penerapan teori ini juga dilakukan bagi melihat fungsi penggunaan elemen linguistik dalam interpretasi pengucapan pantun dalam masyarakat tersebut. Kajian ini menemukan 120 pantun dalam kelompok kata nama, kata kerja, kata tugas dan kosa kata dialek yang terdapat dalam pantun Brunei. Penyimpangan terhadap makna dibataskan kepada gaya bahasa makna langsung atau tidak, gaya bahasa kiasan dan penggunaan gaya bahasa yang memperlihatkan struktur kalimat dalam 175 buah pantun. Penerapan teori stilistik terhadap pantun Brunei menemukan suatu bentuk keindahan eufemisme, gaya sindiran, disfemisme dalam bahasa masyarakat Brunei.