Analisis kerentanan banjir di daerah Pitas, Sabah, Malaysia

Kajian dijalankan di sekitar Pekan Pitas dalam Daerah Pitas. Luas kawasan kajian adalah 59.8 kilometer persegi. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor berlakunya banjir di kawasan kajian, menghasilkan peta kerentanan banjir di kawasan kajian dan mengenalpasti kawasan kerentanan ban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulfadzilawati Senin
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38986/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38986/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian dijalankan di sekitar Pekan Pitas dalam Daerah Pitas. Luas kawasan kajian adalah 59.8 kilometer persegi. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor berlakunya banjir di kawasan kajian, menghasilkan peta kerentanan banjir di kawasan kajian dan mengenalpasti kawasan kerentanan banjir di kawasan kajian. Kawasan kajian didasari oleh dua unit batuan, iaitu Formasi Bongaya yang berusia Miosen Akhir dan Aluvium Resen. Antara faktor-faktor penyebab banjir di kawasan kajian adalah jumlah hujan kumulatif yang tinggi, topografi yang rendah, sistem saliran bermeander, profil sungai yang lebar dan cetek serta air pasang tinggi dari laut. Analisis banjir menggunakan tiga faktor iaitu ketinggian topografi kawasan, jarak dari sungai dan jenis guna tanah telah menghasilkan peta potensi banjir dan kerentanan banjir. Peta potensi banjir menunjukkan 44.9% kawasan yang potensi sangat tinggi, 15.9% potensi tinggi, 12.6% potensi sederhana, 3.6% potensi rendah dan 23% potensi sangat rendah. Sementara peta kerentanan banjir menunjukkan 22.8% kawasan yang kerentanan sangat tinggi, 31.5% kerentanan tinggi, 23.7% kerentanan sederhana, 7.7% kerentanan rendah dan 14.3% kerentanan sangat rendah. Kawasan kerentanan banjir sangat tinggi merangkumi beberapa perkampungan seperti Kampung Kusilad, Kampung Kabatasan, Kampung Kemiri, Kampung Sibaung, Kampung Feri, Kampung Pitas, Kampung Kerisik, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Kalipoun, Kampung Senaja, Kampung Sinasak dan Kampung Temberledan. Kawasan kerentanan banjir sangat rendah merangkumi Kampung Saab, Kampung Kusilad (atas bukit), Kampung Rukom Darat, Kampung Andap dan Pekan Pitas.