Kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia felda di Malaysia
Kewujudan pemimpin belia yang berketerampilan merupakan manifestasi kepada kejayaan program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak FELDA. Meskipun begitu, masih ramai pemimpin persatuan belia FELDA ini yang tidak mampu menjalankan peranan mereka dengan berkesan disebabkan oleh sindrom kebergantu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39079/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39079/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kewujudan pemimpin belia yang berketerampilan merupakan manifestasi kepada kejayaan program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak FELDA. Meskipun begitu, masih ramai pemimpin persatuan belia FELDA ini yang tidak mampu menjalankan peranan mereka dengan berkesan disebabkan oleh sindrom kebergantungan pemimpin belia FELDA terhadap organisasi FELDA. Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengkaji sikap kebergantungan pemimpin-pemimpin belia FELDA terhadap bantuan kewangan dan bimbingan berterusan daripada pihak pentadbiran FELDA. Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan bagi i) menerokai pemahaman konsep “kebergantungan” dalam kalangan pemimpin belia FELDA; ii) meneroka faktor-faktor yang menyebabkan kebergantungan pemimpin-pemimpin belia FELDA; iii) Meneroka kesan-kesan kebergantungan pemimpin-pemimpin belia FELDA; dan iv) Meneroka langkah-langkah untuk mengatasi isu kebergantungan pemimpin belia FELDA. Seramai 11 orang wakil pemimpin belia FELDA dipilih bagi mewakili wilayah yang terdapat di FELDA sebagai peserta kajian. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam yang dianalisis menggunakan kaedah tematik. Berdasarkan analisis tematik ini, kajian telah menemui lima (5) pemahaman konsep kebergantungan di kalangan pemimpin belia FELDA iaitu 1) kebergantungan terhadap kewangan; 2) kebergantungan terhadap program kemahiran dan latihan; 3) kebergantungan terhadap pengurusan tadbiran dan program; 4) kebergantungan terhadap peluang pekerjaan; dan 5) kebergantungan terhadap penyediaan lot tanah. Kajian ini juga telah menemui lima (5) faktor kebergantungan pemimpin belia FELDA iaitu 1) ketidakmampuan kewangan; 2) kebergantungan sebagai budaya; 3) persekitaran yang baik; 4) dasar atau sistem (sistemik) FELDA; dan 5) politik. Menerusi dapatan juga telah menemui tiga (3) kesan-kesan tingkah laku kebergantungan iaitu 1) urusan menjalankan aktiviti dan program tergendala; 2) sentiasa mengharapkan dana FELDA; dan 3) memberi kesan negatif terhadap persatuan. Akhir sekali, sebanyak lima (5) langkah-langkah bagi mengatasi kebergantungan dalam kalangan pemimpin belia FELDA iaitu 1) jaringan bersama pihak luar; 2) pencarian dana oleh pihak pemimpin belia; 3) program keusahawanan; 4) program latihan dan kemahiran; dan 5) penjanaan daripada peneroka. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu mengatasi masalah kebergantungan yang tinggi dalam kalangan pemimpin belia di samping dapat mencapai Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. Di samping itu, kajian ini juga dapat menyumbang kepada bidang psikologi sosial melibatkan konsep kebergantungan dalam kalangan pemimpin yang masih tidak banyak dibincangkan dalam aspek empirikal dan seterusnya menyumbang kepada organisasi FELDA untuk membangunkan pelan strategik kepada pembangunan generasi baru mereka terutama terhadap pemimpin belia di FELDA. |
---|