Penglibatan dan persepsi penduduk luar bandar terhadap pelaksanaan Program Gerakan Desa Wawasan di kampung Berundong Papar, Sabah

Program Gerakan Desa Wawasan merupakan program pembangunan luar bandar yang diperkenalkan pada tahun 1996 dalam Era Dasar Pembangunan Nasional yang menekankan penglibatan aktif penduduk secara pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up approach) dalam menguruskan pembangunan kampung. Kajian terdahulu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Shaslinda Abdul Kadir
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40678/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40678/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Gerakan Desa Wawasan merupakan program pembangunan luar bandar yang diperkenalkan pada tahun 1996 dalam Era Dasar Pembangunan Nasional yang menekankan penglibatan aktif penduduk secara pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up approach) dalam menguruskan pembangunan kampung. Kajian terdahulu membuktikan penglibatan penduduk adalah satu daripada indikator penentu kepada tahap pencapaian sesuatu program pembangunan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai penglibatan dan persepsi penduduk luar bandar terhadap pelaksanaan program Gerakan Desa Wawasan dengan mengambil Kampung Berundong Papar sebagai kawasan kajian. Tiga objektif digariskan untuk mencapai tujuan kajian iaitu (i) Mengenal pasti corak penglibatan penduduk dalam program GDW, (ii) Menilai tahap penglibatan penduduk terhadap program GDW (iii) Menilai persepsi penduduk terhadap pelaksanaan program GDW. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik diedarkan kepada 66 responden yang terdiri dari ketua isi rumah. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan keberangkalian rawak mudah. Teknik statistik deskriptif seperti peratusan dan analisis skor min digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif. Temu bual semi berstruktur dilakukan bersama Pegawai KEMAS di peringkat negeri untuk mendapatkan pendapat tentang pelaksanaan GDW di Sabah dan Pengerusi JKKK untuk mendapatkan pelaksanaan GDW di Kampung Berundong Papar. Hasil kajian mendapati darisegi corak penglibatan responden lebih tertumpu kepada projek landskap dan pengindahan kampung, gotong-royong, program kerohanian dan program kesihatan. Bersandarkan kepada Model Tipologi Pretty, kajian ini mendapati tahap penglibatan penduduk berada dalam tingkat penglibatan yang tertinggi iaitu sebagai penggerak sendiri. Manakala berdasarkan penilaian ke atas responden terhadap pelaksanaan program GDW berdasarkan tujuh aspek yang dikaji menunjukkan ianya berada pada tahap sederhana. Sehubungan itu, dicadangkan supaya dilakukan penilaian dan pemantauan yang berterusan ke atas program pembangunan terutama di kawasan luar bandar, demi mencapai matlamat utama program. Hal ini bagi memastikan manfaat program dapat tersebar meluas dan menyeluruh dalam kalangan penduduk yang disasarkan.