Pengaruh pengetahuan dan motivasi guru sains terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran stem di sekolah menengah daerah Kota Kinabalu
Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif, dan sistematik. Guru berperanan penting dalam menyokong pelajar bagi menjayakan pendidikan STEM. Kajian lepas menunjukkan pengetahuan dan motivasi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40708/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40708/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif, dan sistematik. Guru berperanan penting dalam menyokong pelajar bagi menjayakan pendidikan STEM. Kajian lepas menunjukkan pengetahuan dan motivasi guru dalam melaksanakan pendidikan STEM adalah pada tahap sederhana. Justeru itu, kajian ini menyiasat pengetahuan dan motivasi melaksanakan PdP STEM dalam kalangan 128 orang guru sains di sekolah menengah daerah Kota Kinabalu. Kajian kuantitatif bentuk tinjauan cross-sectional menggunakan instrumen Ujian Pencapaian Pengetahuan (UPP), Soal Selidik Aspek Motivasi (SSAM) dan Soal Selidik Aspek Pelaksanaan (SSAP). Data yang dikumpul di analisis menggunakan perisian SPSS Versi 24.0. Analisis varians (ANOVA) sehala, Korelasi Pearson Product- Moment dan Analisis Regresi Berganda digunakan untuk menguji hipotesis nol pada aras signifikan, alpha = .05. Analisis deskriptif mendapati pengetahuan PdP STEM motivasi melaksanakan PdP STEM dan pelaksanaan PdP STEM adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan pengetahuan PdP STEM berdasarkan pengalaman mengajar (F(2,126)= 3.534, p <.05.), motivasi melaksanakan PdP STEM dengan pengalaman mengajar (F(2,126) =1.800 p < .05), dan pelaksanaan PdP STEM berdasarkan pengalaman mengajar (F (2, 126) = .394, p < .05). Selain itu, analisis korelasi menunjukkan wujud hubungan positif dan signifikan antara pengetahuan dengan pelaksanaan PdP STEM (r = .536, p < .05) dan motivasi dengan pelaksanaan PdP STEM (r = .758, p < .05). Analisis regresi berganda pula menunjukkan pengetahuan dan motivasi mempengaruhi pelaksanaan PdP STEM dengan varian sebanyak 43%. Motivasi adalah peramal utama untuk pelaksanaan PdP STEM. Implikasi kajian menunjukkan pengetahuan dan motivasi penting dalam pelaksanaan PdP STEM. |
---|