Konsep keterasingan budaya: suatu perbandingan pemikiran antara Frantz Fanon dan Ali Shariati di Algeria dan Iran (1954-1977)

Kajian ini memfokuskan perihal konsep keterasingan budaya menurut pemikiran Frantz Fanon dan Ali Shariati di Algeria dan Iran antara tahun 1925 hingga 1977. Isu keterasingan budaya merupakan salah satu kesan imperialisme budaya Eropah selepas pertapakan Perancis di Algeria dan British di Iran. Dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norfarahani Rosman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40794/1/24%20PAGES..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40794/2/FULLTEXT..pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan perihal konsep keterasingan budaya menurut pemikiran Frantz Fanon dan Ali Shariati di Algeria dan Iran antara tahun 1925 hingga 1977. Isu keterasingan budaya merupakan salah satu kesan imperialisme budaya Eropah selepas pertapakan Perancis di Algeria dan British di Iran. Dalam konteks sejarah, polisi-polisi yang ditekankan dalam sistem pentadbiran peribumi Algeria dan Iran oleh Eropah telah mengubah sikap, gaya pemikiran dan pembentukan identiti peribumi kedua-dua negara. Objektif kajian ini membahaskan konsep keterasingan budaya di antara kedua- dua tokoh, menganalisis isu keterasingan budaya di kedua-dua kawasan kajian dan juga reaksi masyarakat ke atas negara-negara tersebut. Walaupun berhadapan dengan isu yang sama, pandangan dan strategi yang direncanakan berbeza antara satu sama lain. Hal ini dapat ditinjau dari pandangan Fanon yang lebih keras, radikal dan sekular berbanding pandangan Ali Shariati yang lebih lunak dan bersifat Islamik. Namun begitu, pandangan dan pendekatan mereka tetap diterima ramai sehingga mempengaruhi perkembangan gerakan nasionalis di kedua-dua negara. Kajian ini menggunakan pendekatan disiplin ilmu Sejarah, menerusi kaedah kualitatif dengan membuat analisis tekstual terhadap karya-karya Ali Shariati dan Frantz Fanon, serta analisis deskriptif terhadap sumber primer lain dan sekunder. Di samping itu, ilmu bantu seperti disiplin psikologi, sosiologi dan politik juga digunakan agar penulisan tesis ini lebih komprehensif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa campur tangan Eropah ke dalam sistem politik secara tidak langsung turut mempengaruhi sikap dan identiti peribumi sehingga membawa kepada fenomena keterasingan budaya. Akibatnya, hal ini memberi ruang kepada tindak balas peribumi untuk menentang Eropah dan melahirkan gerakan-gerakan nasionalisme sepanjang tahun Revolusi Algeria pada 1954 dan membibitkan Revolusi Iran pada 1977. Dari perspektif disiplin sejarah, metodologi dan penemuan kajian boleh digunakan dalam kajian karya pemikiran pascakolonial serta memahami kepentingan dinamik kekuasaan dalam struktur dan konteks penjajahan.