Penentuan nilai sewa lot perniagaan pusat membeli-belah menggunakan model statistik ruangan di Wisma Merdeka Kota Kinabalu

Penilaian hartanah merupakan satu proses yang penting dalam sektor hartanah. Hal ini demikian kerana, penilaian hartanah akan menentukan kedudukan sesebuah hartanah dari segi sewaan, belian, dan percukaian. Penilaian hartanah meliputi penilaian hartanah kediaman dan komersial. Di Sabah, terdapat ban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chong, Vun Hung
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41196/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41196/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penilaian hartanah merupakan satu proses yang penting dalam sektor hartanah. Hal ini demikian kerana, penilaian hartanah akan menentukan kedudukan sesebuah hartanah dari segi sewaan, belian, dan percukaian. Penilaian hartanah meliputi penilaian hartanah kediaman dan komersial. Di Sabah, terdapat banyak hartanah komersial yang telah dibangunkan. Antaranya adalah Wisma Merdeka, yang merupakan salah satu kompleks perniagaan yang telah lama dibangunkan. Namum, Wisma Merdeka mempunyai nilai sewaan yang agak tinggi di sekitar Kota Kinabalu yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan yang terbaik dalam melakukan penilaian nilai sewa dengan menggunakan teknologi GIS dan model statistik ruangan. Kajian ini menggariskan tiga objektif utama iaitu untuk mengenal pasti corak nilai sewa, di samping menilai faktor yang mempengaruhi nilai sewa di Wisma Merdeka. Akhir sekali, kajian ini bermatlamat menentukan satu model penilaian yang sesuai dalam melakukan penilaian di Wisma Merdeka. Model statistik ruangan yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada model Ordinary Least Squares (OLS) dan Geographically Weighted Regression (GWR) dengan integrasi GIS. Disamping itu, analisis jaringan dan analisis Inverse Distance Weighted (IDW) turut digunakan dalam kajian ini. Hasil analisis dan penemuan kajian mendapati faktor kedudukan aras dan faktor kedudukan lot perniagaan adalah faktor yang signifikan mempengaruhi nilai sewa di Wisma Merdeka. Selain itu, hasil kajian juga mendapati model GWR adalah model yang sesuai untuk penilaian nila sewa di Wisma Merdeka. Ini kerana nilai Adjusted R² model GWR adalah lebih tinggi iaitu 0.944897 berbanding 0.934941 bagi model OLS. Akhir sekali, penilaian nilai sewa menggunakan model statistik ruangan dapat memberikan pernilaian sewa yang adil dan menjimatkan masa berbanding dengan penilaian secara manual.