Pengaruh kebimbangan pra-pertandingan dan orientasi matlamat terhadap pencapaian atlet olahraga lelaki bawah lapan belas tahun pedalaman Sabah

Kebimbangan pra-pertandingan dan orientasi matlamat adalah antara faktor psikologi yang menyumbang kepada pencapaian terbaik dalam sukan olahraga. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan faktor peramal yang mempengaruhi serta mendiskriminasikan atlet berdasarkan kategori acara dan tahap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Joseph Nandu
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41197/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41197/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebimbangan pra-pertandingan dan orientasi matlamat adalah antara faktor psikologi yang menyumbang kepada pencapaian terbaik dalam sukan olahraga. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan faktor peramal yang mempengaruhi serta mendiskriminasikan atlet berdasarkan kategori acara dan tahap pencapaian. Kajian berbentuk ex post facto dijalankan ke atas 602 orang atlet olahraga lelaki yang bertanding di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Pedalaman Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kebimbangan kognitif, keyakinan diri, orientasi ego dan orientasi tugasan atlet manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kebimbangan somatik dalam kalangan atlet berdasarkan kategori acara. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kebimbangan kognitif, keyakinan diri dan orientasi ego namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi konstruk kebimbangan somatik dan orientasi tugasan atlet berdasarkan tahap pencapaian. Hasil kajian mendapati bahawa konstruk peramal yang mempengaruhi atlet berdasarkan kategori acara dan tahap pencapaian adalah konstruk keyakinan diri, orientasi tugasan dan orientasi ego. Keputusan analisis fungsi diskriminan menunjukkan bahawa konstruk peramal yang mendiskriminasikan atlet berdasarkan kategori acara adalah konstruk keyakinan diri [-4.942 (Pemalar) + 1.72 (Keyakinan Diri)], orientasi tugasan dan orientasi ego [-9.411 (Pemalar) + 1.529 (Orientasi Tugasan) + .982 (Orientasi Ego). Sementara konstruk peramal yang mendiskriminasikan atlet berdasarkan tahap pencapaian adalah konstruk keyakinan diri [-4.672 (Pemalar) + 1.598 (Keyakinan Diri)] dan orientasi ego [-5.428 (Pemalar) + 1.784 (Orientasi Ego)]. Berdasarkan dapatan kajian maka elemen kebimbangan pra-pertandingan dan orientasi matlamat perlulah diberi penekanan dalam merangka program latihan atlet olahraga berdasarkan keperluan bagi menghasilkan atlet yang berkualiti.