Pemupukan kemahiran menyebut dan mengingat huruf menggunakan modul piramid jawi dalam kalangan murid pra sekolah
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemupukan kemahiran menyebut dan mengingat huruf melalui Modul Piramid Jawi dalam kalangan murid prasekolah. Pada dasarnya, kemampuan menyebut dan mengingat huruf ini adalah berfokus kepada huruf Jawi Justeru itu, kemahiran ini perlu diketahui oleh pela...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41223/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41223/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemupukan kemahiran menyebut dan mengingat huruf melalui Modul Piramid Jawi dalam kalangan murid prasekolah. Pada dasarnya, kemampuan menyebut dan mengingat huruf ini adalah berfokus kepada huruf Jawi Justeru itu, kemahiran ini perlu diketahui oleh pelajar bermula pada peringkat awal pembelajaran mereka. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Sampel kajian yang dipilih adalah sebanyak 4 orang murid yang sedang belajar dalam prasekolah. Data kajian telah dikumpul dan dianalisis melalui kaedah triangulasi pemerhatian, temu bual, dan catatan refleksi pengkaji. Melalui pemerhatian awal, sampel kajian boleh menyebut huruf Jawi yang ditunjukkan mengikut susunan huruf Jawi. Namun, agak sukar menyebut huruf Jawi yang ditunjukkan secara rawak. Responden terpaksa mengulang sebutan huruf Jawi daripada awal untuk mengingat huruf Jawi yang ditunjukkan. Catatan refleksi pengkaji dan guru Pendidikan Islam Prasekolah menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan kemampuan menyebut dan mengingat huruf murid apabila Modul Piramid Jawi digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, Modul Piramid Jawi boleh digunakan untuk membantu meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut dan mengingat huruf dalam kalangan murid Prasekolah. |
---|