Lansaran etnik Murut Tahol : analisis aspek permainan tradisional, persembahan ritual dan sekular

Lansaran ialah salah satu persembahan tradisional etnik Murut Tahol, yang tinggal di pedalaman Sabah. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap Lansaran sebagai permainan tradisional, persembahan ritual dan sebagai tarian olahan pada masa ini. Selain itu, persoalan sama ada Lansaran ialah sejenis taria...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Toh, Min Min
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41288/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41288/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Lansaran ialah salah satu persembahan tradisional etnik Murut Tahol, yang tinggal di pedalaman Sabah. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap Lansaran sebagai permainan tradisional, persembahan ritual dan sebagai tarian olahan pada masa ini. Selain itu, persoalan sama ada Lansaran ialah sejenis tarian atau permainan tradisional turut dijadikan fokus kajian ini. Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menjalankan kerja lapangan di Daerah Kota Kinabalu, Daerah Tenom dan Daerah Nabawan. Analisis yang dilakukan dalam kajian ini adalah berasaskan interpretasi terhadap hasil temu bual bersama koreografer tarian tradisional Sabah dan informan Murut di tempat kajian. Hasil analisis mendapati persembahan Lansaran pada asalnya ialah sejenis permainan tradisional, dan pada hari-hari terkemudian dijadikan sebahagian daripada ritual Kukui, yang berkait rapat dengan budaya mengayau etnik Murut Tahol. Pada masa ini, Lansaran telah diolah sebagai sebuah tarian olahan yang dipertandingkan. Berdasarkan analisis perbandingan terhadap ciri-ciri permainan tradisional dan ciri-ciri tarian pula, kajian ini mendapati Lansaran olahan ialah sejenis tarian. Secara keseluruhannya, kajian ini telah menonjolkan Lansaran sebagai sejenis permainan tradisional, persembahan ritual mengayau serta diolah menjadi sejenis tarian sekular pada masa ini.