Corak profil kepekatan unsur surih dan nilai stok karbon di kawasan tanah gambut Semenanjung Klias, Sabah

Kajian taburan kepekatan unsur surih dan nilai stok karbon telah dijalankan di Semenanjung Klias, Pantai Barat Sabah. Kawasan kajian meliputi Formasi Crocker berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal yang terdiri daripada unit batu pasir berselang lapis dengan syal, dan endapan berusia Kuaternari iaitu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syarifah Nur Maisarah Zamri
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41316/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41316/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian taburan kepekatan unsur surih dan nilai stok karbon telah dijalankan di Semenanjung Klias, Pantai Barat Sabah. Kawasan kajian meliputi Formasi Crocker berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal yang terdiri daripada unit batu pasir berselang lapis dengan syal, dan endapan berusia Kuaternari iaitu tanah gambut dengan keluasan sekitar 3,630 hektar. Terdapat 18 sampel teras tanah gambut pada kedalaman 0-6m yang dipilih daripada 18 stesen persampelan untuk kajian fizikokimia, kepekatan unsur surih dan penentuan stok karbon. Survei geofizik dijalankan bagi mengukur aras air bawah tanah dan ketebalan profil tanah gambut. Hasil analisis geokimia menunjukkan unsur Fe (136.73-1399.38)mg/kg mempunyai kepekatan yang paling tinggi dan diikuti oleh unsur Zn (6.21-149.06)mg/kg, Mn (2.98-70.20)mg/kg, Pb (0.47-60.48)mg/kg, Cr (1.87-52.81)mg/kg, Ni (0.41-28.47) mg/kg, dan Cu (0.013-52.58)mg/kg. Sampel S10 menunjukkan kepekatan unsur Fe yang tinggi iaitu 1399.38mg/kg. Aras air bawah tanah secara relatifnya berjulat antara 0.25m-0.3m di zon tidak tepu telah meningkatkan oksidasi Fe. Kepekatan Fe2+ berkeupayaan untuk menjerap unsur Zn dan Mn. Manakala, kandungan bahan organik pada nilai pH 5-5.5 telah meningkatkan penjerapan unsur Pb, Cr, Ni dan Cu dalam profil tanah gambut. Stok karbon berjulat antara 81.79tanC/ha-138.53tanC/ha. Sampel S4 menunjukkan nilai stok karbon yang tinggi iaitu 138.53 tanC/ha. Tanah gambut yang mempunyai ketebalan 0-6m dan aras air bawah tanah secara relatifnya pada 0.5m berkeupayaan untuk menyimpan stok karbon sebanyak 138.53tanC/ha. Kaedah keberintangan elektrik menunjukkan perubahan aras air bawah tanah di kawasan tanah gambut Semenanjung Klias secara relatifnya berjulat antara 0.25m-1.5m. Hasil survei menunjukkan terdapat dua lapisan iaitu lapisan gambut dengan nilai keberintangan yang tinggi (15Ωm-500Ωm) pada kedalaman 0-6m, diikuti dengan keberintangan rendah (3Ωm–60 Ωm) yang terdiri daripada lapisan lempung pada kedalaman 6m-28m. Oleh itu, aras air tanah relatif yang cetek di zon tepu telah meningkatkan proses penguraian bahan organik, pengurangan penjerapan unsur surih dan berkeupayaan untuk menyimpan stok karbon.