Perkaitan gaya keibubapaan, personaliti dan tingkah laku buli dengan kebarangkalian bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Johor
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan gaya keibubapaan, personaliti dan tingkah laku buli dengan kebarangkalian bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Johor. Permasalahan kajian bertitik tolak daripada kadar bunuh diri yang paling tinggi di Johor. Ini merupakan kajian ku...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41337/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41337/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan gaya keibubapaan, personaliti dan tingkah laku buli dengan kebarangkalian bunuh diri dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Johor. Permasalahan kajian bertitik tolak daripada kadar bunuh diri yang paling tinggi di Johor. Ini merupakan kajian kuantitatif deskriptif-korelasi. Instrumen kajian telah melalui analisis kebolehpercayaan dan kesahan secara statistik dengan menunjukkan nilai yang baik. Nilai kebolehpercayaan bagi Soal Selidik Kewibawaan Ibu Bapa (PAQ) yang mengandungi 30 item adalah 0.786; Inventori Lima Besar (BFI) yang mengandungi 44 item adalah 0.702; Soal Selidik Pengukuran Tingkah Laku Buli yang Diadaptasi (MBBS-A) yang mengandungi 20 item adalah 0.824; dan Skala Kebarangkalian Bunuh Diri (SPS) yang mengandungi 36 item adalah 0.924. Manakala kesahan bagi semua instrumen kajian juga baik, iaitu nilai dapatan lebih besar daripada nilai p kritikal, iaitu 0.2542 dengan aras signifikan < 0.05. Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah dan terdiri daripada pelajar sekolah menengah di Johor. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Sebanyak 844 data digunakan untuk analisis deskriptif manakala 659 data yang sudah melalui proses penyaringan dan analisis normaliti digunakan bagi analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kebarangkalian bunuh diri adalah tinggi (45.6%). Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa gaya keibubapaan jenis autoritatif adalah yang paling dominan dengan min sebesar 3.53; buli jenis verbal merupakan tingkah laku buli yang paling dominan dengan min sebesar 1.76; dan kesetujuan pula merupakan domain personaliti yang paling dominan dengan min sebesar 3.59. Selanjutnya, analisis MANOVA 2 Hala menunjukkan jantina dan kaum bukan merupakan peramal kepada gaya keibubapaan, personaliti, tingkah laku buli dan kebarangkalian bunuh diri. Analisis Ujian-T pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya keibubapaan, tingkah laku buli, dan kebarangkalian bunuh diri dengan agama. Analisis ANOVA 1 Faktor pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan gaya keibubapaan dengan tingkah laku buli. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti dengan kebarangkalian bunuh diri. Seterusnya, analisis korelasi Pearson menunjukkan perkaitan antara gaya keibubapaan, personaliti, tingkah laku buli dengan kebarangkalian membunuh diri. Antara keputusan analisis Regrasi Berganda-Stepwise menunjukkan bahawa elemen manipulasi sosial (25.5%), verbal (29.2%), fizikal (34.1%), domain kesetujuan (35.1%) dan kehematan (35.8%) dan gaya keibubapaan jenis autoritatif (31.9%) merupakan peramal kepada kebarangkalian bunuh diri. Salah satu cadangan yang dikemukakan adalah menggunakan kaedah kualitatif bagi menggali lebih dalam lagi isu kebarangkalian bunuh diri melalui kaedah temu bual. Kesimpulannya, kajian ini mempunyai implikasi yang signifikan bagi pihak berkepentingan selain menyumbang kepada perubahan sosial yang positif apabila perihal gaya keibubapaan, personaliti, tingkah laku buli dan kebarangkalian bunuh diri disedari. |
---|