Tahap kesedaran dan amalan etika kerja islam dalam kalangan pekerja-majikan : kajian kes Lembaga Tabung Haji Sabah
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran dan amalan Etika Kerja Islam (EKI) dalam kalangan pekerja dan majikan yang bekerja dalam organisasi yang berteraskan prinsip Islam iaitu, di Lembaga Tabung Haji (TH) cawangan negeri Sabah. Kajian ini juga cuba mengenal pasti perbezaan tah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41421/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41421/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kesedaran dan amalan Etika Kerja Islam (EKI) dalam kalangan pekerja dan majikan yang bekerja dalam organisasi yang berteraskan prinsip Islam iaitu, di Lembaga Tabung Haji (TH) cawangan negeri Sabah. Kajian ini juga cuba mengenal pasti perbezaan tahap kesedaran dan amalan EKI berdasarkan faktor demografi yang terdiri daripada jantina, umur, status perkahwinan, taraf pendidikan dan faktor pekerjaan yang meliputi jawatan, tempoh perkhidmatan dan upah. Selain itu, kajian ini telah mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara subdimensi tahap Kesedaran Etika Kerja Islam (pembolehubah bebas) dengan subdimensi tahap amalan Etika Kerja Islam (pembolehubah bersandar). Di akhir kajian ini telah melihat masalah yang dihadapi dan perkhidmatan yang diperlukan untuk mengamalkan EKI di tempat kerja. Penyelidikan ini dijalankan ke atas sampel seramai 112 orang yang bekerja di tujuh buah cawangan TH negeri Sabah dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 50 item bagi mengukur semua elemen EKI. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis tahap kesedaran dan amalan EKI serta bagi melihat masalah yang dihadapi dan perkhidmatan yang diperlukan oleh responden. Analisis ujian-t dan ANOVA satu hala digunakan untuk melihat perbezaan tahap kesedaran dan amalan EKI berdasarkan faktor demografi dan pekerjaan. Manakala untuk mengenal pasti hubungan antara subdimensi tahap kesedaran EKI dengan tahap amalan EKI adalah menggunakan ujian korelasi pearson. Ujian regrasi linear pula digunakan untuk melihat pengaruh tahap kesedaran EKI terhadap tahap amalan EKI. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesedaran dan amalan EKI dalam kalangan pekerja dan majikan secara keseluruhan adalah rendah. Seterusnya, hasil keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesedaran dan amalan EKI mengikut jawatan, tempoh perkhidmatan dan gaji. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina, status perkahwinan, taraf pendidikan, dan umur. Sementara itu, keputusan kajian mendapati terdapat hubungan signifikan yang positif di antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Keputusan regresi linear mendapati tahap kesedaran EKI mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tahap Amalan EKI. Warga kerja Lembaga Tabung Haji kurang menghadapi masalah berkenaan EKI. Namun, mereka dilihat tetap memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan dengan EKI untuk memudahkan mereka mengamalkannya di tempat kerja. Secara keseluruhan, hasil kajian ini mempunyai implikasi teoritikal ke arah pemahaman yang lebih baik berkenaan hubungan serta tahap kesedaran dan amalan EKI. Di samping itu, hasil penyelidikan ini juga diharapkan dapat membantu pihak pengurusan TH Sabah merangka strategi-strategi bagi memantapkan lagi programprogram yang sedia ada dan melaksana program-program baharu yang sesuai untuk etika kerja Islam yang lebih tinggi dan baik dalam kalangan pekerja dan majikan. |
---|