Aplikasi perisian edmodo dalam pembelajaran regulasi kendiri terhadap pencapaian dan motivasi subjek matematik tingkatan empat di Kudat, Sabah
Dalam situasi pendidikan era moden ini, terdapat pelbagai isu kemerosotan pencapaian akademik pelajar. Antara matapelajaran yang paling terkesan adalah matematik. Situasi ini bukan sahaja dialami oleh pelajar dalam negara malah ia menjadi masalah dunia, yang memerlukan tindakan dan usaha untuk menga...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41482/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41482/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam situasi pendidikan era moden ini, terdapat pelbagai isu kemerosotan pencapaian akademik pelajar. Antara matapelajaran yang paling terkesan adalah matematik. Situasi ini bukan sahaja dialami oleh pelajar dalam negara malah ia menjadi masalah dunia, yang memerlukan tindakan dan usaha untuk mengatasinya. Justeru, keperluan kemahiran penggunaan peralatan teknologi, perisian dan kaedah serta teknik dalam pembelajaran atas talian adalah amat penting demi kelangsungan perjalanan aktiviti kurikulum dengan jayanya. Pelaksanaan. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penggunaan Perisian Edmodo dalam Self Regulated Learning (SRL) berdasarkan model Zimmerman dan Campilo terhadap pencapaian subjek Matematik. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan Kuasi Eksperimen reka bentuk Mixed Method Sequential Explanatory terhadap 30 orang pelajar tingkatan empat sebagai kumpulan rawatan dan 30 orang pelajar dari kelas lain sebagai kumpulan kawalan dalam topik pembelajaran Algebra. Instrumen Soal Selidik Penerimaan Pembelajaran SRL dalam perisian Edmodo ini diadaptasi dari soal selidik Fatimah Al-Khatiri dan soal selidik Fomatif Pembelajaran Kawalan Kendiri yand diadaptasi dari Gaumer Erickson & Noonan, dianalisis menggunakan perisian SPSS. Manakala dalam fasa kualitatif penyelidik menggunakan analisis triangulasi secara manual untuk dokumen rancangan pelajaran harian, senarai semak pemerhatian dan temu bual separa berstruktur dalam kalangan guru dan pelajar. Hasil dapatan kajian kuantitatif ini menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam purata markah ujian pasca pelajar dalam kumpulan rawatan selepas menjalani pembelajaran secara SRL dalam perisian Edmodo berbanding kumpulan kawalan meningkat daripada 50.13% kepada 75.93 %. Manakala dapatan kualitatif menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dan motivasi pelajar kesan penggunaan pengajaran dan pembelajaran SRL dalam perisian Edmodo bagi subjek Matematik dalam topik algebra. Selain itu, sebuah kerangka pembelajaran dengan menggunakan SRL dalam perisian Edmodo telah berjaya dihasilkan. Implikasi kajian ini dapat menyumbangkan korpus ilmu secara teoritikal dan penyelesaian secara praktikal sebahagian masalah dalam pembelajaran Matematik |
---|