Perubahan adat perkahwinan komuniti kadazan di kampung Manng, Penampang , Sabah

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk memahami perubahan yang berlaku dalam pengamalan adat perkahwinan oleh komuniti Kadazan yang merupakan subetnik Kadazan Dusun yang tinggal menetap di Kampung Maang dalam Daerah Penampang, Sabah. Dalam kajian ini, penerangan secara terperinci mengenai adat per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Deeba eleena Mohammad Aslom
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41684/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41684/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk memahami perubahan yang berlaku dalam pengamalan adat perkahwinan oleh komuniti Kadazan yang merupakan subetnik Kadazan Dusun yang tinggal menetap di Kampung Maang dalam Daerah Penampang, Sabah. Dalam kajian ini, penerangan secara terperinci mengenai adat perkahwinan komuniti Kadazan terdahulu adalah semakin sukar untuk diperolehi kerana individu yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam sesuatu adat adalah semakin sukar untuk dicari. Oleh itu, pengkaji membuat satu kajian yang menjelaskan perubahan yang secara prosesual dalam pelaksanaan pengamalan adat perkahwinan komuniti Kadazan di Kampung Maang dan isu-isu yang timbul disebabkan oleh perubahan adat perkahwinan tersebut. Terdapat tiga objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini. Pertama, menjelaskan perubahan yang telah berlaku dalam adat perkahwinan yang diamalkan oleh komuniti Kadazan di Kampung Maang. Kedua, mengenalpasti isu-isu yang timbul disebabkan oleh perubahan adat perkahwinan tersebut. Ketiga, meneliti langkah-langkah yang bersesuaian untuk menangani isu-isu yang timbul disebabkan oleh perubahan adat perkahwinan tersebut. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kualitatif yang menggunakan 3 kaedah utama untuk mengutip data kajian. Temubual secara mendalam telah dilakukan dengan mantan Ketua Adat di kampung tersebut di samping perbincangan kumpulan berfokus yang dilakukan bersama 20 orang informan yang terdiri daripada dua kategori lapisan umur untuk mendapatkan data utama kajian ini. Bukan itu sahaja, pemerhatian secara langsung juga dilakukan terhadap beberapa majlis perkahwinan yang telah diadakan di kampung tersebut. Selain itu, data sekunder juga diperolehi daripada pembacaan dan rakaman video yang bersesuaian dengan kajian. Informan untuk kajian ini terdiri daripada penduduk asal Kampung Maang daripada pelbagai jenis pekerjaan dan jantina yang tinggal menetap di dalam dan di luar kampung tersebut.