Penilaian input dan produk kurikulum komponen kesusasteraan Bahasa Inggeris di sekolah menengah daerah Penampang

Kajian ini melihat sejauh mana kurikulum Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris (KKBI) diikuti oleh murid di sekolah menengah di Penampang sejak kurikulum ini diperkenalkan pada tahun 2000. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membantu murid menguasai KKBI dengan membekalkan buku teks KKBI di semua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: James Geoffrey W. Molijoh
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41715/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41715/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini melihat sejauh mana kurikulum Komponen Kesusasteraan Bahasa Inggeris (KKBI) diikuti oleh murid di sekolah menengah di Penampang sejak kurikulum ini diperkenalkan pada tahun 2000. Kementerian Pelajaran Malaysia telah membantu murid menguasai KKBI dengan membekalkan buku teks KKBI di semua sekolah menengah. Justeru, kajian ini bertujuan mentaksir input dan produk KKBI menggunakan model CIPP. Sehubungan dengan itu, tahap penggunaan sumber, tahap strategi pembelajaran dan tahap pencapaian objektif KKBI dikaji menggunakan statistik deskriptif. Statistik inferens digunakan untuk pengujian hipotesis nol. Seramai 300 responden terlibat dalam soal selidik dan ujian dengan kaedah kuantitatif. Data kajian diproses menggunakan SPSS 15.0. Dapatan menunjukkan tahap penggunaan sumber dan strategi adalah pada tahap sederhana manakala tahap pencapaian objektif pada tahap rendah. Melalui ujian Kruskal Wallis, didapati terdapat perbezaan pencapaian objektif KKBI berdasarkan tahap penggunaan sumber dan strategi pada aras <0.05. Ujian korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara penggunaan sumber dan strategi dengan pencapaian objektif pada aras < 0.05. Cadangan kajian akan datang termasuk penggunaan pendekatan temubual dan pemerhatian, mengambil kira semua dimensi CIPP, kajian seluruh Sabah, melihat faktor lain selain sumber dan strategi serta mengkaji mengapa hubungan antara penggunaan sumber dan strategi dengan pencapaian objektif pada aras rendah.