Pengetahuan pedagogi konten guru sains sekolah rendah luar bandar pantai timur negeri Sabah : satu kajian kes

Kajian ini bertujuan untuk mengkonsepsi PCK sains guru sains yang dikaji yang mengajar di sekolah rendah luar bandar pantai timur negeri Sabah. Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan (a) bagaimanakah guru sains novis mengajar dengan berkesan, (b) bagaimanakah guru sains bukan opsyen sains berpe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mary Gambidau
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41780/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41780/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkonsepsi PCK sains guru sains yang dikaji yang mengajar di sekolah rendah luar bandar pantai timur negeri Sabah. Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan (a) bagaimanakah guru sains novis mengajar dengan berkesan, (b) bagaimanakah guru sains bukan opsyen sains berpengalaman mengajar dengan berkesan, dan (c) bagaimanakah guru opsyen sains mengajar dengan berkesan. Kajian ini telah menggunakan kaedah kajian secara kualitatif dan menggunakan reka bentuk kajian kes. Seramai enam orang kes telah dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Data kajian diperoleh melalui kaedah pemerhatian tanpa ikut serta, temu bual semi berstruktur dan rekod dokumentasi. Data telah dianalisis menggunakan kaedah membanding beza untuk membentuk subtema dan tema yang lebih luas. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru novis adalah bergantung kepada aktiviti dan contoh representasi yang terdapat dalam buku rujukan sains. Guru sains bukan opsyen sains berpengalaman menggunakan contoh aktiviti dalam buku teks sains dan contoh aktiviti lain yang difikirkan sesuai dari buku rujukan sains. Guru sains opsyen sains berpengalaman menggunakan pelbagai aktiviti dan representasi di luar daripada buku teks dan berdasarkan pengalaman guru. Ketiga-tiga kategori guru mempunyai konsepsi bahawa tujuan pengajaran sains adalah untuk mencapai objektif pembelajaran sains dalam HSP dan untuk tujuan peperiksaan; mempunyai pengetahuan bahawa SP, HSP dan buku teks sains adalah dokumen rasmi panduan melaksanakan kurikulum sains; menggunakan penilaian secara lisan dan bertulis daripada buku rujukan sains untuk menguji ingatan pelajar; pengetahuan tentang pelajar dari aspek pedagogikal; dan pengetahuan tentang sumber pengajaran sains.