Pereputan kayu Acacia oleh kulat reput teras Acacia mangium Willd. di Sabah

Pencirian 12 isolat kulat yang dikulturkan dari simptom reput teras pada A. mangium WILLD. di hutan ladang SAFODA, Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah telah dijalankan dari segi makro~ (morfologi koloni, tekstur, warna) dan mikro~ skopik (struktur hifa, konidia) serta kadar pertambahan diameter koloni. Se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wong, Hai Ee
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41823/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41823/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pencirian 12 isolat kulat yang dikulturkan dari simptom reput teras pada A. mangium WILLD. di hutan ladang SAFODA, Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah telah dijalankan dari segi makro~ (morfologi koloni, tekstur, warna) dan mikro~ skopik (struktur hifa, konidia) serta kadar pertambahan diameter koloni. Sepuluh daripadanya adalah deuteromycetes dan dua basidiomycetes. Ini menunjukkan kulat boleh menghabitasi substrat kayu dan hidup berkomuniti. Kehilangan berat (%) oleh dua basidiomycetes (isolat HE6, HE10) terhadap blok-blok kayu tiga jenis spesies Acacia (A. mangium, A. auriculiformis, Acacia hybrid) telah dikaji secara invitro (10 X 10 x 20 mm) dan in-vivo (25 X 25 x 300 mm) dan diplotkan secara boxplot berdasarkan parameter - spesies dan tempoh pendedahan. Dalam ujikaji in-vitro, isolat HE6 memberikan min peratusan kehilangan berat pada tempoh 3, 6, dan 9 bulan bagi spesies Acacia masing-masing 0.75, 1.70 dan 2.27 (A. mangium); 0.64, 1.37 dan 2.24 (A. auriculiformis); dan 0.49, 1.05 dan 1.55 (Acacia hybrid). Manakala bagi isolat HE10, min peratusan kehilangan berat dari segi spesies adalah 1.09, 1.80 dan 2.51 (A. mangium); 1.49, 1.85 dan 2.21 (A. auriculiformis); dan 0.78, 1.85 dan 1.21 (Acacia hybrid). Ini menunjukkan kedua-dua Basidiomycetes berupaya mendegradasi kesemua spesies hos kajian. Dari segi tempoh pendedahan, min kehilangan berat ketiga-tiga spesies Acacia oleh isolat HE6 adalah 0.75, 0.64 dan 0.49 (3 bulan); 1.70, 1.37 dan 1.05 (6 bulan); dan 2.27, 2.24 dan 1.55 (9 bulan) dan sementara isolat HE10 iaitu 1.09, 1.49 dan 0.78 (3 bulan); 1.80, 1.85 dan 0.85 (6 bulan); dan 2.51, 2.21 dan 1.21 (9 bulan). Manakala bagi ujikaji in-vivo, min peratusan kehilangan berat blok kayu spesies Acacia pada tempoh pendedahan yang sama ditunjukkan seperti berikut dimana dibandingkan dari segi spesies iaitu 31.06, 31.41 dan 36.02 (A. mangium); 35.16, 33.17 dan 38.48 (A. auriculiformis); dan 29.05, 29.06 dan 29.78 (Acacia hybrid) dan tempoh pendedahan iaitu 31.06, 35.16 dan 29.05 (3 bulan); 31.41, 33.17 dan 29.06 (6 bulan); dan 36.02, 38.48 dan 29.78 (9 bulan). Di sini menunjukkan Acacia hybrid secara relatifnya mengalami peratusan kehilangan berat yang terendah. Kehadiran aktiviti anai-anai pada plot tanah kawasan kajian mempengaruhi magnitud degradasi blok-blok kayu kajian. Pemerhatian mikromorfologi ke atas blok-blok kayu pada pendedahan 3 bulan, menunjukkan sudah bermula degradasi tetapi masih terdapat banyak lapisan lignoselulosa pada sel-sel kayu. Magnitud degradasi meningkat mengikut masa pada pendedahan 6 dan 9 bulan. Ini menunjukkan isolat HE6 dan HE10 berupaya mendegradasi sel-sel kayu jika terdedah pada tempoh yang lama. Kajian ini memaparkan pereputan kayu adalah satu fenomena yang kompleks di mana melibatkan pelbagai faktor (spesies, tempoh pendedahan) yang saling bergantung dan membawa kesan terhadap kehilangan berat serta struktur mikromorfologi.