Pengaruh refleksi praktikum terhadap pencapaian praktikum guru pelatih Institut Pendidikan Guru zon Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh refleksi praktikum iaitu Refleksi rakaman video PdPc, Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah Penyelia terhadap pencapaian praktikum guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Zon Sabah yang ditempatkan di sek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramlan Mala
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41896/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41896/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh refleksi praktikum iaitu Refleksi rakaman video PdPc, Refleksi Bimbingan Guru Pembimbing dan Refleksi Penyeliaan Pensyarah Penyelia terhadap pencapaian praktikum guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Zon Sabah yang ditempatkan di sekolah terpilih dalam negeri Sabah. Seramai 281 orang pelajar terlibat sebagai responden kajian. Kerangka konseptual kajian ini telah dibangunkan hasil gabungan dua model iaitu Model Penyeliaan Klinikal Acheson dan Gall dan Model Refleksi Kolb. Kajian ini menggunakan rekabentuk konvensional dengan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dan diedarkan kepada responden guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2015. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS bagi statistik deskriptif seperti skor min, sisihan piawai manakala analisis inferens bagi ujian -t , Analisis Varians (ANOVA), dan Analisis Regresi di samping Analisis Model Struktur (SEM AMOS) sebagai model sumbangan bagi kajian yang dijalankan. Semua faktor demografi yang diuji dalam kajian menunjukkan wujud pencapaian yang signifikan berdasarkan lokasi P .004 dan jantina P 0.032 manakala tidak signifikan pada kemudahan internet yang disediakan P 0.522. Korelasi antara pencapaian praktikum dengan refleksi praktikum iaitu refleksi rakaman video PdPc ialah r .349 dan refleksi pensyarah penyelia ialah r .672 mempunyai pengaruh yang kuat dalam pencapaian praktikum manakala sebaliknya bagi refleksi bimbingan guru pembimbing dengan ialah r .144. Pengaruh faktor peramal R Square (R²) ialah .487 yang menunjukkan kesemua pemboleh ubah bebas menyumbang 48.7 peratus daripada jumlah varians terhadap pencapaian praktikum. Implikasi kajian ini juga mencadangkan agar pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memantapkan pengurusan pelaksanaan program praktikum dalam pelbagai aspek pelaksanaan praktikum dan membuat penambahbaikan yang difikirkan perlu.