Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam

Adat dan kepercayaan disifatkan sebagai identiti suatu bangsa. Pengamalannya tampil sebagai medium dalam mengekpresikan pandang dunia para pendukungnya. Seiring pengamalan adat dan kepercayaan, pengamalan agama dilihat turut menjadi pencorak kepada landskap kehidupan masyarakat. Pengamalan kedua-dua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azmin Pullong
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41897/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41897/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ums-ep.41897
record_format uketd_dc
spelling my-ums-ep.418972024-12-10T02:48:40Z Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam 2020 Azmin Pullong BP174-190 The practice of Islam Adat dan kepercayaan disifatkan sebagai identiti suatu bangsa. Pengamalannya tampil sebagai medium dalam mengekpresikan pandang dunia para pendukungnya. Seiring pengamalan adat dan kepercayaan, pengamalan agama dilihat turut menjadi pencorak kepada landskap kehidupan masyarakat. Pengamalan kedua-dua entiti tersebut secara tidak langsung memaparkan kewujudan pengaruh antara satu sama lain. Impaknya, berlaku campur aduk antara agama dan adat sehingga menatijahkan pelbagai polemik dalam masyarakat seperti yang berlaku dalam konteks masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada adat dan kepercayaan masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah yang dilihat dari sudut pandang Islam. Objektif kajian ini ialah mengkaji adat dan kepercayaan masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah. Di samping itu, adat-adat tersebut perlu dianalisis berdasarkan beberapa instrumen atau sumber-sumber yang berautoriti dalam Islam seterusnya menentukan status adat terbabit sama ada mempunyai sandaran atau sebaliknya. Dalam pada itu, kajian ini diusahakan untuk merencanakan beberapa langkah penyesuaian dan penyelesaian terhadap adat dan kepercayaan yang dikesan bercanggah dengan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah temu bual (24 orang informan) dan observasi turut serta. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini mendapati, masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah masih mengamalkan pelbagai adat dan kepercayaan yang diwarisi sejak turun-temurun seperti adat nimbang, adat ngerak dan adat bangkai-bangkaian. Pengamalan adat dan kepercayaan ini didorong oleh pelbagai faktor terutamanya tuntutan kepercayaan, sosial dan agama sehingga memperlihatkan kecelaruan pada aspek status pengamalannya dalam Islam. Kajian ini turut mendapati beberapa amalan adat dan kepercayaan dalam masyarakat Bajau adalah bercanggah dengan syariat Islam yang memerlukan pengubahsuaian pada aspek kepercayaan mahupun pelaksanaan adatnya. Oleh yang demikian, kajian ini menampilkan pelbagai langkah penyesuaian dan penyelesaian secara komprehensif yang direncanakan berdasarkan situasi sebenar kelompok sasaran yang tampil sebagai model dakwah alternatif. Langkah-langkah penyesuaian dan penyelesaian tidak melibatkan penghapusan adat dan kepercayaan secara total, akan tetapi lebih berkonsepkan pengubahsuaian agar ia tampil sebagai amalan mesra syariat. Dapatan ini boleh dimanfaatkan oleh badan-badan dakwah terutamanya pihak jabatan agama Islam dalam usaha dakwah membanteras amalan adat dan kepercayaan yang bercanggah dengan syariat Islam. 2020 Thesis https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41897/ https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41897/1/24%20PAGES.pdf text en public https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41897/2/FULLTEXT.pdf text en validuser Universiti Malaysia Sabah Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa
institution Universiti Malaysia Sabah
collection UMS Institutional Repository
language English
English
topic BP174-190 The practice of Islam
spellingShingle BP174-190 The practice of Islam
Azmin Pullong
Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam
description Adat dan kepercayaan disifatkan sebagai identiti suatu bangsa. Pengamalannya tampil sebagai medium dalam mengekpresikan pandang dunia para pendukungnya. Seiring pengamalan adat dan kepercayaan, pengamalan agama dilihat turut menjadi pencorak kepada landskap kehidupan masyarakat. Pengamalan kedua-dua entiti tersebut secara tidak langsung memaparkan kewujudan pengaruh antara satu sama lain. Impaknya, berlaku campur aduk antara agama dan adat sehingga menatijahkan pelbagai polemik dalam masyarakat seperti yang berlaku dalam konteks masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada adat dan kepercayaan masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah yang dilihat dari sudut pandang Islam. Objektif kajian ini ialah mengkaji adat dan kepercayaan masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah. Di samping itu, adat-adat tersebut perlu dianalisis berdasarkan beberapa instrumen atau sumber-sumber yang berautoriti dalam Islam seterusnya menentukan status adat terbabit sama ada mempunyai sandaran atau sebaliknya. Dalam pada itu, kajian ini diusahakan untuk merencanakan beberapa langkah penyesuaian dan penyelesaian terhadap adat dan kepercayaan yang dikesan bercanggah dengan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah temu bual (24 orang informan) dan observasi turut serta. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kajian ini mendapati, masyarakat Bajau di Kota Belud, Sabah masih mengamalkan pelbagai adat dan kepercayaan yang diwarisi sejak turun-temurun seperti adat nimbang, adat ngerak dan adat bangkai-bangkaian. Pengamalan adat dan kepercayaan ini didorong oleh pelbagai faktor terutamanya tuntutan kepercayaan, sosial dan agama sehingga memperlihatkan kecelaruan pada aspek status pengamalannya dalam Islam. Kajian ini turut mendapati beberapa amalan adat dan kepercayaan dalam masyarakat Bajau adalah bercanggah dengan syariat Islam yang memerlukan pengubahsuaian pada aspek kepercayaan mahupun pelaksanaan adatnya. Oleh yang demikian, kajian ini menampilkan pelbagai langkah penyesuaian dan penyelesaian secara komprehensif yang direncanakan berdasarkan situasi sebenar kelompok sasaran yang tampil sebagai model dakwah alternatif. Langkah-langkah penyesuaian dan penyelesaian tidak melibatkan penghapusan adat dan kepercayaan secara total, akan tetapi lebih berkonsepkan pengubahsuaian agar ia tampil sebagai amalan mesra syariat. Dapatan ini boleh dimanfaatkan oleh badan-badan dakwah terutamanya pihak jabatan agama Islam dalam usaha dakwah membanteras amalan adat dan kepercayaan yang bercanggah dengan syariat Islam.
format Thesis
author Azmin Pullong
author_facet Azmin Pullong
author_sort Azmin Pullong
title Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam
title_short Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam
title_full Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam
title_fullStr Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam
title_full_unstemmed Penilaian adat dan kepercayaan masyarakat Bajau dari perspektif Islam
title_sort penilaian adat dan kepercayaan masyarakat bajau dari perspektif islam
granting_institution Universiti Malaysia Sabah
granting_department Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa
publishDate 2020
url https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41897/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41897/2/FULLTEXT.pdf
_version_ 1818611439230779392