Aspek perubahan, fungsi dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak etnik Tombonud di daerah Pitas, Sabah

Tarian Sumanggak ialah tarian tradisional etnik Tombonuo yang menetap di daerah Pitas, Sabah. Tumpuan kerja lapangan ini adalah menginterpretasi simbol dan fungsi dalam ragam gerak tarian Sumanggak moden etnik Tombonuo. Tarian Sumanggak moden telah diolah oleh Suana Kabora berdasarkan pergerakan rit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Cheng, Jia Min
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42023/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42023/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tarian Sumanggak ialah tarian tradisional etnik Tombonuo yang menetap di daerah Pitas, Sabah. Tumpuan kerja lapangan ini adalah menginterpretasi simbol dan fungsi dalam ragam gerak tarian Sumanggak moden etnik Tombonuo. Tarian Sumanggak moden telah diolah oleh Suana Kabora berdasarkan pergerakan ritual Muinsamung dan Monginsamung etnik Tombonuo di Daerah Pitas, Sabah pada tahun 1983. Berbanding dengan tarian tradisional etnik Kadazan Dusun seperti tarian Sumazau di Penampang, tarian Sumanggak boleh dikatakan tidak begitu dikenali umum. Fokus kajian ini tertumpu kepada aspek persembahan, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak moden. Bagi mengumpul data kajian, sebanyak empat siri kajian lapangan telah dijalankan di empat buah kampung di Daerah Pitas, Sabah. Kaedah temu bual, pemerhatian, rakaman video dan pengambilan gambar telah digunakan dalam kajian lapangan. Hasil analisis secara interpretasi mendapati asal usul nama tarian Sumanggak diperolehi daripada perbuatan membuka gadur (bekas yang diperbuat daripada tembaga), yang dikenali sebagai adat sumanggak. Aspek-aspek persembahan tarian Sumanggak seperti ragam gerak, kostum, alat muzik, dan prop juga dialami perubahan dari segi fungsi dan pengolahan. Setiap ragam gerak turut didapati mempunyai simbol yang berkait rapat dengan ritual tradisional etnik Tombonuo. Kesimpulannya, aspek-aspek persembahan, pengolahan dan simbol ragam gerak tarian Sumanggak moden masih mengekalkan identiti asal ritual etnik Tombonuo.