Kajian kes Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah (JKDMS) melalui perspektif teori institusi dalam perubahan sistem dan amalan perakaunan pengurusan

Pada pertengahan tahun 1980an para sarjana ternama dalam bidang perakaunan menyatakan bahawa masih banyak yang perlu diketahui dengan lebih dalam mengenai perubahan perakaunan pengurusan. Tidak lama selepas itu, iaitu pada awal 1990an, banyak kajian yang dilakukan menjurus kepada perubahan perakauna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ali Hasan Haji Buglayan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42232/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42232/1/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada pertengahan tahun 1980an para sarjana ternama dalam bidang perakaunan menyatakan bahawa masih banyak yang perlu diketahui dengan lebih dalam mengenai perubahan perakaunan pengurusan. Tidak lama selepas itu, iaitu pada awal 1990an, banyak kajian yang dilakukan menjurus kepada perubahan perakaunan pengurusan dalam perspektif pendekatan kualitatif. Walau bagaimanapun, ramai para sarjana masih lagi berpandangan bahawa di sebalik banyaknya kajian yang telah dibuat mengenai perubahan perakaunan pengurusan, para sarjana dalam bidang ini masih lagi berpandangan bahawa masih banyak lagi yang perlu diketahui. Hampir lebih dari 30 tahun selepas para sarjana memperkatakan mengenai perkara ini, masih lebih banyak lagi mengenai perubahan perakaunan pengurusan yang perlu dikaji untuk diketahui termasuklah (1) faktor yang mendorong kepada proses perubahan, (2) proses perubahan, dan (3) kesan akhir yang terjadi hasil dari proses perubahan tersebut. Melalui perspektif dan pendekatan kualitatif, kajian ini menggunakan konsep Isomorfisme dari Teori Institutional Sosiologi Baharu (NIS) yang dibangunkan oleh Dimaggio & Powell (1983) untuk memahami dan menerangkan kenapa dan bagaimana perubahan organisasi dan perubahan amalan perakaunan berlaku dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah (JKDMS). Dapatan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa tekanan dalam bentuk Coercive adalah lebih dominan berbanding tekanan dalam bentuk Normative dan Memetic dalam membentuk perubahan di JKDMS. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan dalam era globalisasi, sistem dan amalan perakaunan pengurusan telah menjadi ‘bahasa’ utama di dalam JKDMS dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemungut hasil cukai bagi pihak kerajaan. Dalam pada itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan peranan institusional yang terdapat dalam kepimpinan, teknologi dan kegawatan ekonomi global adalah merupakan faktor utama yang mendorong perubahan perakaunan pengurusan di JKDMS secara signifikan.