Hubungan pengetahuan,dan kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar pendidikan muzik dalam kalangan guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pengetahuan muzikal dan kemahiran-kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru-guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Sabah. Sampel kajian ini melibatkan seramai 72 orang guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Soh, Chin Kui
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9309/1/mt0000000422.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan pengetahuan muzikal dan kemahiran-kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru-guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Sabah. Sampel kajian ini melibatkan seramai 72 orang guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia dalam pengkhususan Pendidikan Muzik. Pengumpulan data dilakukan melalui gred pencapaian pengetahuan muzikal, gred amali kemah iran muzikal, gred latihan mengajar dan satu set borang soal selidik yang menggunakan skala ordinal dan skala Likert 4 mata untuk mendapatkan persepsi daripada guru-guru pelatih. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa peratusan tahap penguasaan pengetahuan muzikal dalam kalangan guru-guru pelatih adalah di tahap sederhana iaitu sebanyak 76.9%, manakala peratusan tahap penguasaan kemahiran muzikal berada di tahap sederhana juga iaitu sebanyak 82.7%. Tahap prestasi pencapaian latihan mengajar juga berada di tahap penguasaan yang sederhana iaitu sebanyak 90.3%. Hasil kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan di antara tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru pelatih (rs=0.65, rs=0.66). Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan hubungan tahap penguasaan muzikal dan kemahiran-kemahiran muzikal dengan prestasi latihan mengajar dalam kalangan guru-guru pelatih pengkhususan muzik di maktab-maktab di Sabah adalah pada tahap yang sederhana tinggi.