Pemetaan paras bunyi di beberapa kawasan terpilih di Kota Kinabalu
Pencemaran bunyi atau kebisingan sering berlaku di dunia ini tanpa mengira tempat dan waktu. Kebisingan yang terlampau juga boleh memberi kesan yang negatif kepada persekitaran. Kajian ini dilakukan adalah untuk pemetaan paras bunyi di beberapa kawasan terpilih iaitu perumahan, perindustrian, persim...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9602/1/mt0000000479.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9602/2/mt0000000480.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pencemaran bunyi atau kebisingan sering berlaku di dunia ini tanpa mengira tempat dan waktu. Kebisingan yang terlampau juga boleh memberi kesan yang negatif kepada persekitaran. Kajian ini dilakukan adalah untuk pemetaan paras bunyi di beberapa kawasan terpilih iaitu perumahan, perindustrian, persimpangan jalan raya, sekolah dan hospital di Kota Kinabalu, Sabah berdasarkan kepada data sekunder kecuali data hospital. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan status kebisingan di stesen pemonitoran paras bunyi adalah mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menentukan kawasan yang berpotensi mempunyai paras tekanan bunyi yang melebihi piawaian yang telah ditetapkan oleh WHO melalui penzonan paras bunyi dan dibandingkan pada waktu pagi dan petang. Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan kaedah interpolasi digunakan dalam penzonan kawasan stesen pemonitoran paras bunyi. Didapati, semua kawasan di stesen pemonitoran adalah melebihi piawaian kecuali empat kilang iaitu Kilang limatch Water Sdn. Bhd, Kilang Hong Sing Industries Sdn. Bhd, Kilang FFM Feedmills Sdn. Bhd dan Kilang Myxo Corporation Sdn. Bhd. Kawasan yang berpotensi melebihi piawaian yang telah ditetapkan adalah dalam zon merah jambu, jingga dan hijau. Waktu juga tidak mempengaruhi sepenuhnya dalam penzonan kawasan yang berpotensi mempunyai paras tekanan bunyi melebihi piawaian WHO. |
---|