Kemampanan Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah Muslim Di Terengganu

Perbelanjaan penggunaan isi rumah merupakan isu penting yang hangat dibincangkan pada masa kini. Perbelanjaan penggunaan dalam konteks kajian ini dilihat dari scgi tahap kemampanan perbelanjaan isi rumah dalam melakukan perbelanjaan seharian. Kajian ini menggunakan persampelan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Afifah Rahizal
Format: Thesis
Language:other
Subjects:
Online Access:http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/17119/1/HD%207053.6%20.N8%202020-Extract.pdf
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/17119/2/HD%207053.6%20.N8%202020-Full%20Text.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbelanjaan penggunaan isi rumah merupakan isu penting yang hangat dibincangkan pada masa kini. Perbelanjaan penggunaan dalam konteks kajian ini dilihat dari scgi tahap kemampanan perbelanjaan isi rumah dalam melakukan perbelanjaan seharian. Kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata, seramai 635 orang reponden yang melibatkan isi rumah Muslim daripada tiga kumpulan pendapatan iaitu kumpulan pendapatan 40% terendah (B40), kumpulan pendapatan 40% pertengahan (M40) dan kumpulan pendapatan 20% tertinggi (T20) di seluruh daerah di negeri Terengganu. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kemampanan perbelanjaan isi rumah berdasarkan pembentukan Jndeks Penggunaan Mampan (1PM). Selain itu, kajian ini ingin mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemampanan perbelanjaan isi rumah serta untuk mengenalpasti komponen-komponen perbelanjaan utama yang dilakukan oleh tiga kumpulan pendapatan iaitu kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemampanan pcrbelanjaan isi rumah di Terengganu masih berada pada tahap yang rendah dengan nilai purata sebanyak 0.3861. Manakala faktor yang dikenalpasti menjadi pengaruh terhadap kemampanan perbelanjaan isi rumah ialah faktor jantina, umur, tahap pendidikan, status perkahwinan, tabungan dan pendapatan. Manakala komponen perbelanjaan utama yang dilakukan oleh tiga kumpulan pendapatan ialah perbelanjaan terhadap makanan, pengangkutan, utiliti, pakaian dan komunikasi.