BAHASA SLANGA REMAJA IBAN SEBUYAU: ANALISIS PELUASAN MAKNA BERDASARKAN KERANGKA KATEGORI JARINGAN RADIAL

Kajian ini dijalankan untuk meneliti aspek bahasa slanga remaja Iban di kawasan Sebuyau, Sarawak. Secara khususnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perkataan slanga remaja Iban Sebuyau, menganalisis bahasa slanga remaja Iban Sebuyau menggunakan Kerangka Kategori Jaringan Radi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: CLINTON, RINGIT
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/34703/1/Clinton%20Ringit%20ft.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk meneliti aspek bahasa slanga remaja Iban di kawasan Sebuyau, Sarawak. Secara khususnya, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perkataan slanga remaja Iban Sebuyau, menganalisis bahasa slanga remaja Iban Sebuyau menggunakan Kerangka Kategori Jaringan Radial oleh Lakoff (1987) dan menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi dan kesan penggunaan slanga remaja Iban Sebuyau. Dalam pada itu, kajian ini dipilih untuk melihat cara peluasan makna berlaku dalam kata slanga dari dua pengkategorian, iaitu Kata Nama (KN) dan Kata Kerja (KK) yang dituturkan oleh golongan remaja Iban di kawasan Sebuyau, Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan data melalui kajian lapangan. Dalam penyelidikan ini, pengkaji memperoleh 8 data kategori KN dan 7 data kategori KK. Antaranya ialah ditul, ‘lauk’, pamoga, ‘pencemaran’, ribieh, tiga paku’, teribagu dan ai’ bagi kategori slanga KN, manakala slanga kategori KK menampilkan data seperti fogging, 'melabur', merueh, ngaga’ peta, ngangat nyawa, belagu dan nunjuk langit. Hasilnya, kajian ini mendapati bahasa slanga remaja Iban Sebuyau dipengaruhi oleh faktor interaksi dan media massa.