PEMILIHAN BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA SUNGAI DI BUKIT GARAM, SABAH
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pemilihan bahasa dalam kalangan remaja Sungai di Bukit Garam Sabah dalam pertuturan harian berdasarkan domain-domian yang dianjurkan oleh Fishman dan Greenfield (1970). Domain-domain yang dinyatakan adalah domain kekeluargaan, persahabatan, keagamaan, pendidikan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/34713/2/Siti%20Rahmah%20ft.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau pemilihan bahasa dalam kalangan remaja Sungai di Bukit Garam Sabah dalam pertuturan harian berdasarkan domain-domian yang dianjurkan oleh
Fishman dan Greenfield (1970). Domain-domain yang dinyatakan adalah domain kekeluargaan, persahabatan, keagamaan, pendidikan dan keagamaan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pemilihan bahasa dalam kalangan remaja Sungai di Bukit Garam. Seterusnya mengenalpasti faktor pemilihan bahasa dalam kalangan mereka. Kajian ini mengaplikasikan keadah kajian
deskriptif kualitatif. Tinjauan ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik untuk
melihat bahasa dalam kalangan remaja Sungai di Bukit Garam. Seterusnya menggunakan kaedah
temu bual semi struktur untuk mengenalpasti faktor yang menyebabkan golongan ini memilih
sesuatu bahasa dalam pertuturan harian mereka berdasarkan domain yang telah dinyatakan. Hasil
kajian mendapati bahasa Melayu menjadi pilihan yang majoriti dalam kalangan mereka. Namun
masih terdapat segelintir remaja yang menggunaka bahasa campur iaitu bahasa Melayu dan
Bahasa Sungai. Tetapi dalam domain keagamaan, mereka menggunakan bahasa Arab untuk
proses ritual kerana responden yang diperolehi 100% beragama Islam. Pengkaji juga mendapati
tidak terdapat responden yang menggunakan bahasa Sungai sepenuhnya dalam bahasa harian
mereka. Seterusnya, faktor yang menjadikan golongan ini cenderung menggunakan bahasa
Melayu kerana sebahagian besar daripada mereka tidak fasih berbahasa Sungai. Seterusnya,
mereka juga membersar dengan persekitaran yang tidak menggunakan bahasa Sungai
sepenuhnya. Akhir sekali tidak terdapat pembelajaran yang sistematik dalam bahasa ini seperti
Kadazandusun. |
---|