Efikasi Kendiri sebagai Moderator dalam hubungan Metakognitif terhadap Anggapan Stres dan Resilien dalam Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling

Ketidakjelasan peranan kaunselor di sekolah telah menyebabkan berlakuknya konfliks yang menuntut kaunselor untuk menjalankan pelbagai tugasan harian. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya gejala stres, keletihan empati, emosi, dan sebagainya. Oleh yang demikian, ramai dalam kalangan kaunselor yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azuwani, Mohd Yusoff
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/42681/6/Msc%20Thesis_AZUWANI%20BINTI%20MOHD%20YUSOFF.dsva.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42681/7/Msc%20Thesis_AZUWANI%20BINTI%20MOHD%20YUSOFF%20-24%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42681/13/AZUWANI%20BINTI%20MOHD%20YUSOFF.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketidakjelasan peranan kaunselor di sekolah telah menyebabkan berlakuknya konfliks yang menuntut kaunselor untuk menjalankan pelbagai tugasan harian. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya gejala stres, keletihan empati, emosi, dan sebagainya. Oleh yang demikian, ramai dalam kalangan kaunselor yang mula beralih atau keluar daripada profesion kaunseling. Stres yang dihadapi mampu diatasi jika kaunselor mempunyai tahap resilien yang baik. Walau bagaimanapun, kedua-dua elemen ini pada asasnya dipengaruhi oleh metakognitif dan efikasi kendiri individu. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka kesan pengaruh metakognitif terhadap anggapan stres dan resilien serta kesan efikasi kendiri sebagai moderator dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 252 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dipilih melalui teknik cluster sampling dan menggunakan instrument Metacognitions Questionnaire-30 (MCQ-30), Perceived Stress Scale (PSS-10), Resilience Scale (RS-25) dan Sources of Counselling Self-Efficacy Scale-Malaysia (SCSE-M). Structural Equation Modelling (SEM) telah digunakan untuk tujuan analisis data. Hasil kajian mendapati bahawa anggapan stres dan resilien dipengaruhi secara signifikan oleh metakognitif. Selain itu, hasil analisis Multi-Group CFA, juga mendapati bahawa efikasi kendiri berperanan sebagai moderator terhadap hubungan antara metakognitif, anggapan stres dan resilien dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Secara keseluruhannya, keputusan ini telah menyokong pandangan Wells dan Matthews (1994, 1996) berdasarkan The Self-Regulatory Executive Functioning Teory (S-REF). Kata kunci: Metakognitif, Anggapan Stres, Resilien, Efikasi Kendiri & Guru Bimbingan dan Kaunseling