Kemudahan Masjid di Kuching Sarawak Daripada Persepsi Pengguna: Analisis Daripada Perspektif Pengurusan Fasiliti

Pengurusan Fasiliti merupakan pendekatan bersepadu untuk memelihara, memperbaiki dan menyesuaikan bangunan organisasi untuk mewujudkan persekitaran yang sangat menyokong tujuan utama sesuatu organisasi. Kajian ini dibuat bagi mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti isu berkaitan dengan kemud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Juwita, Zaidi
Format: Thesis
Language:English
English
English
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/43038/3/Thesis%20Master_%20Juwita%20Zaidi.ftext.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43038/4/Thesis%20Master_%20Juwita%20Zaidi%20-%2024%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43038/5/Juwita%20Zaid_dsva.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan Fasiliti merupakan pendekatan bersepadu untuk memelihara, memperbaiki dan menyesuaikan bangunan organisasi untuk mewujudkan persekitaran yang sangat menyokong tujuan utama sesuatu organisasi. Kajian ini dibuat bagi mencapai objektif kajian iaitu mengenalpasti isu berkaitan dengan kemudahan di masjid, menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap kemudahan yang ditawarkan di masjid serta menilai sama ada kemudahan ditadbir dengan baik berpandukan garis panduan pengurusan fasiliti. Masjid Jamek Negeri Sarawak, Masjid Bandaraya Kuching dan Masjid India Bandar Kuching (Masjid Terapung) merupakan lokasi kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah borang soal selidik bagi mencapai objektif pertama dan kedua. Manakala, kaedah temu bual pula adalah bagi mencapai objektif yang ketiga. Target responden borang soal selidik adalah pengunjung yang datang ke masjid. Manakala responden bagi temu bual ialah AJK atau wakil masjid. Kaedah analisis deskriptif adalah bagi menganalisis data soal selidik yang diperoleh dan analisis eksplorasi pula adalah bagi menganalisis temu bual iaitu mengikut tema setiap soalan yang ditemu bual. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching mengaplikasikan garis panduan atau pun SOP pengurusan fasiliti. Garis panduan pengurusan fasiliti yang diaplikasikan adalah di bawah Pengurusan Aset dan Fasiliti, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Manakala, bagi Masjid India pula, masjid ini juga mempunyai garis panduan yang tersendiri dalam menguruskan fasiliti di masjid. Garis panduan tersebut adalah di bawah Lembaga Amanah Khairat Masjid Bandar Kuching.