Kefahaman Guru dan Gaya Pembelajaran dan Teknik Pengajaran untuk Murid Berkeperluan Khas Di Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kategori Kurang Upaya Intelektual (KUI) boleh mendapat manfaat jika mereka dibenarkan belajar mengikut gaya pembelajaran pilihan mereka. Kajian ini bertujuan meneroka kefahaman Guru Sekolah Menengah di bahagian Kuching, Sarawak untuk menangani kepelbagaian g...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: MOHAMAD TAHA, ABOL
Format: Thesis
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/46431/1/Thesis%20Mohamad%20Taha%2018010120.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) kategori Kurang Upaya Intelektual (KUI) boleh mendapat manfaat jika mereka dibenarkan belajar mengikut gaya pembelajaran pilihan mereka. Kajian ini bertujuan meneroka kefahaman Guru Sekolah Menengah di bahagian Kuching, Sarawak untuk menangani kepelbagaian gaya pembelajaran MBPK KUI di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan seterusnya membina model pengajaran dan pembelajaran yang boleh menangani pelbagai gaya pengajaran MBPK KUI di Program Pendidikan Inklusif (PPI) Kemahiran Vokasional Spesifik Asas Roti. Pendekatan kualitatif dipilih bagi melaksanakan kajian melalui analisis dokumen berkaitan dan temu bual separa berstruktur yang telah dilaksanakan terhadap 10 orang guru di kelas PPI di 5 buah sekolah menengah kebangsaan terpilih di bahagian Kuching. Manakala, pemerhatian dilaksanakan untuk melihat keberkesanan terhadap model pengajaran yang telah dibina. Analisis tematik digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan guru tidak mempunyai kefahaman yang jelas mengenai kepelbagaian gaya pembelajaran MBPK KUI di PPKI. Malah, kaedah pengajaran yang digunakan juga lebih tertumpu kepada kerja berkumpulan dan perbincangan yang lebih memberi manfaat kepada murid auditori berbanding murid membaca/menulis, kinestetik dan visual. Peserta kajian juga mengakui kelebihan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran boleh membantu lebih ramai murid menguasai sesuatu aktiviti atau topik, namun, ia menuntut masa dan membebankan guru untuk merangka dan merancang pengajaran. Manakala, teknik pengajaran yang digunakan oleh guru bagi menyesuaikan kepelbagaian gaya pembelajaran pula lebih cenderung memberi manfaat kepada murid kinestetik dan murid auditori berbanding murid visual. Akhir sekali, pemerhatian menunjukkan bahawa model pengajaran yang dibina berkesan dalam menangani kepelbagaian gaya pembelajaran. Kajian menunjukkan kepentingan untuk menangani keperluan gaya pembelajaran yang pelbagai dalam kalangan MBPK KUI di PPI.