Penentu migrasi pekerja asing di Malaysia : kajian kes pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menyiasat hubungan jangka masa panjang antara pendapatan, perdagangan, pengangguran dan pekerja asing di Malaysia. Kajian ini juga mengenal pasti sejauh mana kesan dan penyebab daripada pendapatan, perdagangan dan pengangguran dapat menentukan jumlah pekerja asin...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/8313/1/Gun.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menyiasat hubungan jangka masa panjang antara pendapatan, perdagangan, pengangguran dan pekerja asing di Malaysia. Kajian ini juga mengenal pasti sejauh mana kesan dan penyebab daripada pendapatan, perdagangan dan pengangguran dapat menentukan jumlah pekerja asing
di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan data statistik pekerja asing di Malaysia daripada tiga negara iaitu Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Penyelidikan ini menggunakan dua model pendekatan iaitu model faktor pendorong dan model graviti. Penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan data siri masa (time series) pada tahun 1999-2010 dengan pendekatan Autoregresi Lat Bertabur (ARDL). Hasil penyelidikan ini mendapati terdapat hubungan jangka masa panjang atau kointegrasi pada kes pekerja asing dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina di Malaysia. Penyelidikan ini mendapati bahawa keterbukaan perdagangan dan perbezaan pengangguran memiliki kesan positif kepada migrasi pekerja asing di Malaysia.
Pengujian penyebab jangka pendek mendedahkan bahawa pendapatan dan pengangguran di negara asal pekerja serta perbezaan pendapatan adalah penyebab kepada migrasi pekerja asing di Malaysia. |
---|