Pengujian hubungan jangka panjang antara pelaburan sektor awam dan pelaburan sektor swata di Malaysia

Dimotivasikan oleh isu ketidakstabilan pertumbuhan pelaburan swasta dalam tempoh pasca krisis kewangan Asia 1997, kajian ini telah cuba untuk menilai sejauh mana pelaburan awam melengkapi pelaburan swasta dalam sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Pendekatan siri masa ekonometrik telah diaplikasikan b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anderson, Sengli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/8314/1/Anderson%20Sengli%20ft.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dimotivasikan oleh isu ketidakstabilan pertumbuhan pelaburan swasta dalam tempoh pasca krisis kewangan Asia 1997, kajian ini telah cuba untuk menilai sejauh mana pelaburan awam melengkapi pelaburan swasta dalam sektor-sektor ekonomi di Malaysia. Pendekatan siri masa ekonometrik telah diaplikasikan bagi tujuan penentuan kewujudan mekanisme hubungan pelengkap atau hubungan pengganti di antara pelaburan awam dan pelaburan swasta dalam sektor-sektor ekonomi. Berdasarkan keputusan analisis, hubungan pelengkap didapati wujud di antara pelaburan awam dan pelaburan sektor pertanian, perlombongan, perkilangan, pembinaan, utiliti, perdagangan, pengangkutan dan kewangan dalam jangka panjang. Pelaburan awam juga didapati turut mempengaruhi tingkat pelaburan sektor-sektor berkenaan dalam jangka pendek. Di samping pelaburan awam, penentu-penentu lain pertumbuhan pelaburan swasta iaitu output, aliran kredit dan kadar faedah pinjaman, sebahagian besar memberikan kesan yang positif ke atas pelaburan swasta dalam jangka panjang. Dari sudut polisi, kekukuhan hubungan pelengkap dapat diperkuatkan lagi sekiranya kerajaan terus meningkatkan usaha untuk mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif. Saiz pelaburan dan output sektor-sektor ekonomi dalam jangka panjang dan jangka pendek dapat dipertingkatkan jika kerajaan mampu mengurus perbelanjaan modal secara cekap dan meningkatkan pelaburan untuk sektor-sektor ekonomi yang berupaya untuk menyerap eksternaliti positif pelaburan awam pada skala yang tinggi.