Biodiesel From Waste Palm Oil And Chicken Fats As A Green Fuel For Diesel Engine
Pembangunan sektor perindustrian dan peningkatan populasi menyebabkan permintaan tenaga dunia meningkat dengan berterusan. Bahan api fosil adalah terhad kerana pembentukannya mengambil masa berjuta-juta tahun. Kesediaannya mungkin boleh dipanjangkan dengan mengurangkan penggunnaannya. Oleh itu, bebe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/9281/1/Jong.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembangunan sektor perindustrian dan peningkatan populasi menyebabkan permintaan tenaga dunia meningkat dengan berterusan. Bahan api fosil adalah terhad kerana pembentukannya mengambil masa berjuta-juta tahun. Kesediaannya mungkin boleh dipanjangkan dengan mengurangkan penggunnaannya. Oleh itu, beberapa negara menggunakan pelbagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Dari sudut pandangan alam sekitar dan aspek ekonomi, bahan
api diperolehi daripada lemak dan minyak sebagai alternatif untuk menggantikan bahan
api berasaskan petroleum telah menarik perhatian yang besar di seluruh dunia.
Biodiesel, metil ester asid lemak merupakan tenaga yang terbiodigradasikan, boleh
diperbaharui dan mampan. Ia dihasilkan daripada minyak tumbuhan atau lemak haiwan
melalui proses pengtransesteran bersama alkohol berantai pendek atau melalui proses
pengesteran asid lemak. Proses pengtransesteran merangkumi transformasi trigliserida
kepada metil ester asid lemak, dengan kehadiran alkohol dan mangkin, di mana gliserol
sebagai produk sampingan. Sisa minyak dan lemak merupakan salah satu bahan mentah
penghasilan biodiesel yang memberangsangkan kerana ketersediaannya dan kos bahan
yang murah berbanding dengan bahan mentah yang lain. Tambahan pula, penggunnaa sisa
minyak dan lemak untuk menghasilkan biodiesel juga membantu mengurangkan masalah
pelupusan yang boleh membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. |
---|