Penilaian Program Kitar Semula Sisa Pepejal di Sekolah Menengah dalam Tiga Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor

Matlamat utama Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah menengah yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap program tersebut. Walau bagaimanapun sejak program ini diperkenalkan pada tahun 1998, tiada sebaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yahaya, Ahamad Shabudin
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10047/1/FPAS_2009_9_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Matlamat utama Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah menengah yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap program tersebut. Walau bagaimanapun sejak program ini diperkenalkan pada tahun 1998, tiada sebarang penilaian dilakukan terhadap keberkesanan program tesebut. Oleh itu objektif umum kajian ini adalah untuk menentukan tahap pelaksanaan Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah menengah dalam tiga kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor menggunakan Model Penilaian CIPP Stufflebeam dengan memberi fokus kepada dua komponen dalam model penilaian; pertama, dimensi proses (proses penyebaran maklumat, kemudahan peralatan program, sokongan pentadbir sekolah, sistem pemantauan, sistem pengiktirafan dan masalah semasa proses pelaksanaan program) dan kedua, dimensi produk (pengetahuan dan sikap pelajar terhadap Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah). Objektif khusus kajian ini adalah untuk menentukan tahap pelaksanaan Program Kitar Semula Sisa Pepejal dari dimensi proses; menentukan tahap pencapaian matlamat Program Kitar Semula Sisa Pepejal dari dimensi produk; menentukan hubungan antara pemboleh ubah (faktor-faktor) dalam dimensi proses dengan dimensi produk serta untuk mengenal pasti faktor dalam dimensi proses yang menjelaskan variasi dimensi produk dalam kalangan pelajar sekolah.