Disleksia dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu

Disleksia dalam aspek bacaan memang wujud tetapi ramai guru bahasa yang tidak menyedari hal ini kerana kekurangan pengetahuan. Dengan itu, murid-murid disleksia dimasukkan ke dalam kelas biasa dan terpaksa bersaing dengan murid-murid yang normal dalam semua aspek pembelajaran bahasa. Akibatnya, muri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Subramaniam, Vijayaletchumy
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10266/1/FBMK_2003_12.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disleksia dalam aspek bacaan memang wujud tetapi ramai guru bahasa yang tidak menyedari hal ini kerana kekurangan pengetahuan. Dengan itu, murid-murid disleksia dimasukkan ke dalam kelas biasa dan terpaksa bersaing dengan murid-murid yang normal dalam semua aspek pembelajaran bahasa. Akibatnya, murid-murid disleksia mendapat markah yang lebih rendah daripada murid-murid normal dan mereka dianggap sebagai murid-murid lembab. Faktor ini mendorong penyelidik membuat penyelidikan tentang disleksia. Oleh sebab skop disleksia terlalu luas, maka penyelidik hanya memilih satu aspek, iaitu bacaan dengan harapan dapat mengembangkan ilmu pengetahuan yang baru dalam pembelajaran bahasa murid-murid disleksia. Penyelidik menjalankan kajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Serdang. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid Melayu tahap dua. Kaedah kajian yang digunakan terdiri daripada temuramah, pemerhatian, dan penterjemahan. Teori Sindrom Disleksia oleh Levinson (1994) diterapkan dalam penyelidikan ini. Dapatan kajian daripada aspek bacaan bahasa Melayu murid-murid Melayu tahap dua menunjukkan memang terdapat murid-murid yang mengalami disleksia dalam kelas biasa. Selepas penyelidik membuat ujian saringan, kebanyakan murid-murid disleksia ini boleh dikategorikan sarna ada sebagai disleksia visual atau disleksia auditori. Konsep pembelajaran bahasa murid disleksia visual didapati berlainan dengan konsep pembelajaran murid disleksia auditori. Murid disleksia visual tidak dapat belajar melalui gambaran pandang kerana mereka sukar untuk mengekalkan imej sesuatu perkataan yang lengkap. Mereka perlu diberikan pendekatan yang berbentuk fonetik dalam pengajaran bacaan. Murid disleksia auditori mengalami masalah dalam pengamatan pendengaran. Oleh itu, mereka lemah dari segi tanggapan dan ingatan. Mereka tidak dapat menguasai kemahiran yang diperlukan untuk latihan analisis fonetik dengan mendiskriminasikan bunyi huruf dengan perkataan yang sama. Mereka perlu diberikan pendekatan bentuk visual dalam pengajaran bacaan. Penyelidik juga telah mengenal pasti pendekatan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan murid disleksia. Murid disleksia visual sesuai diberikan latihan mengenal perkataan, meneliti pemerincian, mengenal oriantasi abjad, gambaran urutan abjad dalam perkataan, dan mempercepatkan kadar diskriminasi perkataan. Murid disleksia auditori sesuai diberikan latihan kesejajaran auditori-visual, pilihan perkataan yang bermakna, kaitan simbol bertulis dengan pengalaman, pengenalan frasa dan ayat yang asas, dan cerita berasaskan pengalaman bahasa. Selanjutnya, penyelidik dapati bahawa terdapat beberapa kaedah pembelajaran bahasa dalam aspek bacaan murid disleksia yang boleh diketengahkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Antaranya ialah kaedah Ortan Gillingham, pemulihan pembalikan huruf, dan pemulihan untuk huruf terbalik. Semua kaedah ini mempunyai teknik-teknik yang tersendiri seperti yang dinyatakan dalam tesis ini.