Kesan Pengapuran ke Atas Pertumbuhan dan Pengeluaran Hasil Jagung dan Kacang Tanah

Satu penyelidikan ladang telah dijalankan di atas dua tanah Ultisol, Siri Bungor dan Siri Rengam (Tipik Paleudult) bagi mengkaji kesan pengapuran ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil jagung dan kacang tanah. Enam kadar pengapuran menggunakan Batu Kapur Magnesium Hancur (BKHH) diuji, iaitu 0...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Arshad, Adzemi
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1990
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10273/1/FP_1990_2_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu penyelidikan ladang telah dijalankan di atas dua tanah Ultisol, Siri Bungor dan Siri Rengam (Tipik Paleudult) bagi mengkaji kesan pengapuran ke atas pertumbuhan dan pengeluaran hasil jagung dan kacang tanah. Enam kadar pengapuran menggunakan Batu Kapur Magnesium Hancur (BKHH) diuji, iaitu 0, 0.5, 1.0, 2.0, 4.0 dan 8.0 mt ha-1 dan digaul sedalam 0-15 sm. Satu perlakuan mutlak diadakan di mana baja dan kapur tidak diberi. iai tu jagung (Zea mays L. cv. Thai Super sweet) dan kacang tanah (Arachis hypogaea L. cv. Mat Jam/Indonesia) yang ditanam secara bergilir-gilir dimulai dengan tanaman jagung, diikuti oleh kacang tanah dan jagung bagi kedua-dua siri tanah. eputusan menunjukkan bahawa pengapuran pada kadar 1.0 mt ha-1 BKMH diperlukan bagi pengeluaran hasH jagung pada tanah Siri Bungor manakala pengapuran tidak diperlukan pada tanah Siri Rengam. Hasil berat kering pokok jagung 2 pada tanah Siri Bungor dan kedua-dua tanaman jagung pada tanah Siri Rengam didapati bertambah dengan pengapuran tetapi hasil berat kering pokok jagung 1 pada tanah Siri Bungor tidak dipengaruhi oleh pengapuran.