Keberkesanan Batuan Fosfat ke Atas Tanaman Jagung Manis (Zea Mays Var. Manis Madu Kuning)

Satu penyelidikan ladang telah dijalankan ke atas tanah siri Serdang (Tipik Paleudult) bagi mengkaji kesan dua jenis baja batuan fosfat (PR) ke atas tanaman jagung manis (Zea mays var. Manis madu kuning). Batllan fosfat tersebut ialah Fosfat Semulajadi North Carolina (NCNP) dan Batllan Fosfat Ch...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jantan, Borhan
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 1992
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10331/1/FP_1993_1_A.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu penyelidikan ladang telah dijalankan ke atas tanah siri Serdang (Tipik Paleudult) bagi mengkaji kesan dua jenis baja batuan fosfat (PR) ke atas tanaman jagung manis (Zea mays var. Manis madu kuning). Batllan fosfat tersebut ialah Fosfat Semulajadi North Carolina (NCNP) dan Batllan Fosfat China (CPR) dibandingkan dengan Superfosfat Tripel (TSP). Kadar P yang diuji ialah 25, 50, 100 dan 200 kg P ha-1. Kajian 3 sumber P (NCNP, CPR, TSP) x 4 kadar P (25, 50, 100, 200 kg P ha-1) berfaktorial disusun menggunakan Rekabentuk Rawak Blok Lengkap dengan 4 replikasi dan rawatan kawalan (0 kg P ha-1) disertakan juga. Kajian ini meliputi dua musim penanaman iaitu semua rawatan dan pengurusan diulang semasa penanaman Jagung 2. Keputusan menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis baja P adalah setanding dalam menghasilkan bilangan tongkol yang boleh dipasarkan dan juga berat basah tongkol jagung tersebut pada penanaman Jagung 1 dan Jagung 2. Manakala jumlah berat kering pokok jagung (bahagian atas tanpa tongkol) ialah TSP > NCNP ~ CPR pada penanaman Jagung 1 dan Jagung 2. Kepekatan nutrien dalam tisu i ndeks bagi N, P, K, Ca, Fe, Cu dan Zn adalah mencukupi dan tidak berbeza di an tara rawatan baja tersebut kecuali Mg terdapat kekurangan pada Jagung 1 dan Jagung 2 dan Cu pada Jagung 1. Dalam pengambilan unsur N, P, K, Ca, Fe dan Mn oleh pokok jagung (bahagian atas tanpa tongkol) adalah baja TSP > NCNP ~ CPR pada Jagung 1 tapi pada Jagung 2 hanya un sur N, P, Mg dan Mn sahaja. Sementara pengambilan unsurunsur lain adalah tidak berbeza bagi ketiga-tiga jenis baja sama ada Jagung 1 atau Jagung 2.