Hubungan antara faktor sekolah, konsep kendiri dan tingkah laku dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor, Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara faktor sekolah, konsep kendiri, dan tingkah laku pelajar sekolah menengah di Selangor. Pendekatan kuantitatif dan rekabentuk survei digunakan secara analisis deskriptif dan korelasi. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan analisis pengant...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113065/1/113065.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara faktor sekolah, konsep
kendiri, dan tingkah laku pelajar sekolah menengah di Selangor. Pendekatan
kuantitatif dan rekabentuk survei digunakan secara analisis deskriptif dan
korelasi. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan analisis pengantara untuk
mengukur kesan mediator (konsep kendiri) terhadap hubungan antara pemboleh
ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Seramai 400 orang pelajar sekolah
yang berumur 14 dan 16 tahun dari lapan buah sekolah menengah di negeri
Selangor telah terlibat sebagai responden.
Pengumpulan data kajian adalah melalui soal selidik yang ditadbir sendiri dan
persampelan rawak sistematik telah digunakan dalam pemilihan responden.
Satu set soal selidik yang merangkumi gabungan beberapa skala telah
digunakan, dimana pengukuran faktor sekolah yang merangkumi budaya dan
iklim sekolah melibatkan (Inventory of Parents and Peer Attachment (IPPA),
Questions of Teacher’s Interaction (QTI), School Self-Review Tools (SSRT), dan
Multidimensional Scale of Perceived Social SupportZimet). Pengukuran konsep
kendiri menggunakan Self-Concept Individual Protective Factors Index dan
tingkah laku menggunakan ASEBA School-Age Youth Self Report (YSR).
Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap konsep
kendiri, faktor sekolah, dan tingkah laku yang sederhana. Hasil analisis ujian-t
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi kelima-lima subskala dalam
tingkah laku (kebimbangan, menarik diri, masalah somatik, tingkah laku agresif,
dan tingkah laku melanggar peraturan) berdasarkan jantina. Empat subskala
menunjukkan pelajar perempuan lebih tinggi skor berbanding pelajar lelaki dan
satu subskala iaitu tingkah laku melanggar peraturan skor pelajar lelaki lebih
tinggi berbanding pelajar perempuan.
Ujian korelasi pearson antara latar belakang sosiodemografi dengan tingkah
laku menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang negatif antara pendapatan
isi rumah dengan kebimbangan dan masalah somatik. Keputusan ujian korelasi
juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang negatif antara konsep
kendiri dengan semua subskala tingkah laku dan terdapat hubungan signifikan
yang positif antara konsep kendiri dengan semua subskala faktor sekolah.
Hasil analisis regresi menunjukkan faktor peramal unik terhadap subskala
tingkah laku adalah seperti berikut; faktor peramal unik terhadap kebimbangan
adalah jantina, hubungan antara pelajar dan konsep kendiri, faktor peramal unik
bagi menarik diri adalah jantina dan hubungan antara pelajar dengan pelajar,
faktor peramal unik bagi masalah somatik adalah jantina dan konsep kendiri.
Faktor peramal unik bagi tingkah laku agresif adalah konsep kendiri, jantina dan
hubungan guru dengan pelajar, faktor peramal unik bagi tingkah laku melanggar
peraturan adalah konsep kendiri dan jantina.
Analisis mediator menunjukkan konsep kendiri memberi kesan mediator ke atas
hubungan antara faktor sekolah dengan tingkah laku. Konsep kendiri menjadi
mediator ke atas hubungan antara kebimbangan dengan faktor sekolah
(persekitaran sekolah), konsep kendiri menjadi mediator ke atas hubungan
antara menarik diri dengan kesemua subskala faktor sekolah (hubungan pelajar
dengan pelajar, hubungan guru dengan pelajar, persekitaran sekolah dan
sokongan sosial), konsep kendiri menjadi mediator ke atas hubungan antara
tingkah laku agresif dengan faktor sekolah (hubungan guru dan pelajar), konsep
kendiri menjadi mediator ke atas hubungan antara tingkah laku melanggar
peraturan dengan faktor sekolah (persekitaran sekolah).
Hasil kajian ini memberikan implikasi secara teoritikal di mana dapatan ini
bersesuaian dengan teori kognitif sosial (Bandura, 2001) yang menghuraikan
bahawa, faktor persekitaran termasuk faktor sekolah dan konsep kendiri
mempunyai hubungan timbal balik dengan tingkah laku pelajar sekolah
menengah. Teori ini menekankan bahawa tingkah laku adalah hasil interaksi
antara persekitaran dan aspek kognitif. Dengan kata lain, tingkah laku dalaman
dan luaran boleh dibangunkan melalui persekitaran yang berubah, serta faktor
kognitif seperti konsep kendiri. Justeru, dapatan kajian ini selaras dengan Teori
Bandura kerana ia menekankan peranan penting faktor sekolah dan konsep
kendiri serta tingkah laku dalaman dan luaran dalam kalangan pelajar.
Kesimpulannya, kajian ini mendapati tiga faktor utama yang saling berinteraksi
antara satu sama lain iaitu faktor sekolah, konsep kendiri dan pengaruhnya
terhadap tingkah laku.
Kajian ini memperjelaskan kepentingan mengambil kira ketiga-tiga faktor ini
dalam program di sekolah yang dibentuk untuk peningkatan kualiti pelajar
sekolah menengah. Para guru dan ibu bapa boleh berkerjasama dalam
meningkatkan konsep kendiri dan faktor sekolah untuk pengawalan tingkah laku
dalaman dan luaran pelajar. Kajian ini juga telah menemukan satu dapatan yang
penting dalam konteks bidang psikologi sosial berkaitan tingkah laku. |
---|