Pengaruh eksplorasi kerjaya sebagai pengantara sokongan sosial dan efikasi kendiri terhadap hasrat pemilihan bidang kerjaya dalam kalangan pelajar Asasi Sains Pertanian

Pemahaman pelajar yang kurang baik tentang kebolehan diri mereka, kesamaran maklumat tentang perkara yang boleh mereka lakukan selepas tamat pengajian serta menjadikan bidang-bidang kerjaya yang diceburi oleh ahli keluarga dan orang terdekat sebagai sumber utama bagi pembinaan hasrat pemilihan b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusran, Noor Ashira
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113345/1/113345.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemahaman pelajar yang kurang baik tentang kebolehan diri mereka, kesamaran maklumat tentang perkara yang boleh mereka lakukan selepas tamat pengajian serta menjadikan bidang-bidang kerjaya yang diceburi oleh ahli keluarga dan orang terdekat sebagai sumber utama bagi pembinaan hasrat pemilihan bidang kerjaya tanpa menerokai bidang kerjaya yang lain merupakan antara sebab kadar pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat saban tahun lanjutan daripada graduan tidak memenuhi kehendak pasaran kerja. Kurangnya aktiviti eksplorasi kerjaya dalam kalangan pelajar ini menjurus kepada kesan buruk terhadap bekalan tenaga kerja negara. Aktiviti eksplorasi kerjaya dilihat terlibat dalam faktor-faktor yang mempengaruhi hasrat pemilihan kerjaya seperti efikasi kendiri kerjaya dan sokongan sosial kerjaya. Gambaran keseluruhan yang komprehensif dan penyepaduan empirikal penemuan penyelidikan mengenai anteseden dan hasil eksplorasi kerjaya pelajar menyebabkan pengkaji berminat untuk mengkaji dengan lebih dalam peranan eksplorasi kerjaya dalam hubungan antara efikasi kendiri kerjaya dan sokongan sosial kerjaya terhadap hasrat pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar ASPer. Kajian ini memfokuskan terhadap apakah tahap sokongan sosial, efikasi kerjaya, eksplorasi kerjaya dan hasrat pemilihan bidang kerjaya. Seterusnya, objektif kajian kedua dan ketiga adalah untuk mengkaji hubungan dan mengenal pasti faktor peramal yang mempengaruhi hasrat pemilihan bidang kerjaya dalam kalangan pelajar-pelajar ini. Manakala yang terakhir, adalah untuk mengenal pasti sama ada eksplorasi kerjaya adalah pengantara yang wujud dalam kajian ini. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk korelasi menggunakan kaedah tinjauan yang dijalankan ke atas 269 orang pelajar ASPer UPM yang dipilih secara rawak mudah daripada populasi seramai 846 orang pelajar. Konstruk eksplorasi kerjaya diukur menggunakan instrumen Career Exploration Survey (CES), sokongan sosial diukur dengan menggunakan instrumen Multidimensional Scale of Perceived Social Support, efikasi kendiri kerjaya diukur menggunakan instrumen Career Decision-Making Self-efficacy Scale-Short (CDSESF) dan instrumen hasrat pemilihan bidang kerjaya dinilai dengan menggunakan instrumen yang diadaptasi dan disesuaikan mengikut skop kajian ini. Perisian IBM SPSS Statistics digunakan bagi menganalisis data yang dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi dalam semua aspek yang dikaji iaitu sokongan sosial (M=5.81, SP= 1.219), efikasi kendiri kerjaya (M=3.94, SP=0.904) dan hasrat pemilihan bidang kerjaya dalam kalangan pelajar (M=3.94, SP=0.810) kecuali eksplorasi kerjaya berada pada tahap sederhana (M=3.69, SP=0.893). Analisis korelasi Pearson yang dijalankan pula didapati bahawa hubungan yang positif antara kedua-dua hubungan sokongan sosial dan hasrat pemilihan bidang kerjaya (r=.425, p<.01) dan hubungan efikasi kendiri kerjaya dan hasrat pemilihan bidang kerjaya (r=.282, p<.01). Analisis Regresi Pelbagai yang dilakukan mendapati efikasi kendiri adalah peramal terbaik bagi hasrat pemilihan bidang kerjaya pelajar ASPer dan eksplorasi kerjaya merupakan pengantara separa dalam hubungan sokongan sosial dan efikasi kendiri kerjaya dengan hasrat pemilihan bidang kerjaya. Kajian ini menunjukkan bahawa eksplorasi kajian sememangnya mempunyai peranan dalam menghubungkan faktor-faktor lain dengan hasrat pemilihan bidang kerjaya yang bersesuaian dalam kalangan pelajar. Secara praktikal, kajian ini penting bagi memastikan kualiti modal insan yang dilahirkan selari dengan permintaan pasaran tenaga kerja seterusnya menjayakan usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran negara.