Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia

Proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang selari dengan Revolusi Industri 4.0, memerlukan pengintegrasian teknologi baharu bagi meningkatkan prestasi guru dan murid. Analitik pembelajaran (AP) merupakan satu pendekatan yang mengukur, mengumpul, menganalisis dan malaporkan maklumat mengenai muri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fasiah, Ellie Esterina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113686/1/113686.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang selari dengan Revolusi Industri 4.0, memerlukan pengintegrasian teknologi baharu bagi meningkatkan prestasi guru dan murid. Analitik pembelajaran (AP) merupakan satu pendekatan yang mengukur, mengumpul, menganalisis dan malaporkan maklumat mengenai murid dan kandungan bagi tujuan memahami dan meningkatkan persekitaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan AP menggunakan pelantar pembelajaran digital Google Classroom (GC), DELIMa. Selain itu, kajian menentukan hubungan kesediaan, kompetensi, penerimaan dan penggunaan GC terhadap penggunaan AP GC (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah. Penerimaan guru diukur dari empat faktor iaitu persepsi guru terhadap kebergunaan, persepsi guru terhadap kemudahgunaan, sikap guru dan hasrat perlakuan guru. Teori yang menjadi panduan dalam kajian ini ialah Model Penerimaan Teknologi, Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi dan Model Analitik Pembelajaran. Kajian ini dijalankan ke atas 304 guru sekolah menengah harian di Kuala Lumpur. Instrumen kajian menggunakan soal selidik secara dalam talian, Google Form. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics Version 26.0. Seterusnya, analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratus bagi setiap pemboleh ubah. Analisis inferensi dan regresi juga digunakan untuk melihat hubungan korelasi dan pengaruh antara kesediaan, kompetensi dan penerimaan guru terhadap penggunaan AP GC dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan AP GC guru sekolah menengah di Kuala Lumpur secara keseluruhan adalah rendah. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara penggunaan GC dan kompetensi guru dengan penggunaan AP GC. Manakala, terdapat hubungan signifikan yang positif yang sederhana antara pemboleh ubah kesediaan guru, persepsi guru terhadap kebergunaan, hasrat perlakuan guru, sikap guru dan persepsi guru terhadap kemudahgunaan. Analisis regresi pula menunjukkan penggunaan GC, kompetensi guru, persepsi guru terhadap kebergunaan dan kesediaan guru merupakan faktor peramal terhadap penggunaan AP GC. Kesimpulannya, kajian ini dapat mengkaji faktor peramal bagi penggunaan AP GC dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur. Cadangan untuk kajian akan datang ialah memperluaskan populasi kajian, mempelbagaikan kaedah kajian, menambah pemboleh ubah dan memperluaskan skop kajian. Kajian ini juga diharap dapat memberi gambaran serta menyumbangkan satu alternatif keperluan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berkaitan dalam merangka strategi bagi membantu guru membuat penyeliaan terhadap kesesuaian penggunaan AP GC.