Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia

Proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang selari dengan Revolusi Industri 4.0, memerlukan pengintegrasian teknologi baharu bagi meningkatkan prestasi guru dan murid. Analitik pembelajaran (AP) merupakan satu pendekatan yang mengukur, mengumpul, menganalisis dan malaporkan maklumat mengenai muri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fasiah, Ellie Esterina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113686/1/113686.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.113686
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.1136862024-11-13T08:08:47Z Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia 2022-09 Mohd Fasiah, Ellie Esterina Proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang selari dengan Revolusi Industri 4.0, memerlukan pengintegrasian teknologi baharu bagi meningkatkan prestasi guru dan murid. Analitik pembelajaran (AP) merupakan satu pendekatan yang mengukur, mengumpul, menganalisis dan malaporkan maklumat mengenai murid dan kandungan bagi tujuan memahami dan meningkatkan persekitaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan AP menggunakan pelantar pembelajaran digital Google Classroom (GC), DELIMa. Selain itu, kajian menentukan hubungan kesediaan, kompetensi, penerimaan dan penggunaan GC terhadap penggunaan AP GC (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah. Penerimaan guru diukur dari empat faktor iaitu persepsi guru terhadap kebergunaan, persepsi guru terhadap kemudahgunaan, sikap guru dan hasrat perlakuan guru. Teori yang menjadi panduan dalam kajian ini ialah Model Penerimaan Teknologi, Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi dan Model Analitik Pembelajaran. Kajian ini dijalankan ke atas 304 guru sekolah menengah harian di Kuala Lumpur. Instrumen kajian menggunakan soal selidik secara dalam talian, Google Form. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics Version 26.0. Seterusnya, analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratus bagi setiap pemboleh ubah. Analisis inferensi dan regresi juga digunakan untuk melihat hubungan korelasi dan pengaruh antara kesediaan, kompetensi dan penerimaan guru terhadap penggunaan AP GC dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan AP GC guru sekolah menengah di Kuala Lumpur secara keseluruhan adalah rendah. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara penggunaan GC dan kompetensi guru dengan penggunaan AP GC. Manakala, terdapat hubungan signifikan yang positif yang sederhana antara pemboleh ubah kesediaan guru, persepsi guru terhadap kebergunaan, hasrat perlakuan guru, sikap guru dan persepsi guru terhadap kemudahgunaan. Analisis regresi pula menunjukkan penggunaan GC, kompetensi guru, persepsi guru terhadap kebergunaan dan kesediaan guru merupakan faktor peramal terhadap penggunaan AP GC. Kesimpulannya, kajian ini dapat mengkaji faktor peramal bagi penggunaan AP GC dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur. Cadangan untuk kajian akan datang ialah memperluaskan populasi kajian, mempelbagaikan kaedah kajian, menambah pemboleh ubah dan memperluaskan skop kajian. Kajian ini juga diharap dapat memberi gambaran serta menyumbangkan satu alternatif keperluan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berkaitan dalam merangka strategi bagi membantu guru membuat penyeliaan terhadap kesesuaian penggunaan AP GC. Educational technology - Malaysia Educational exchanges Teachers - Attitudes 2022-09 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113686/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113686/1/113686.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Educational technology - Malaysia Educational exchanges Teachers - Attitudes Mohd Ayub, Ahmad Fauzi
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
advisor Mohd Ayub, Ahmad Fauzi
topic Educational technology - Malaysia
Educational exchanges
Teachers - Attitudes
spellingShingle Educational technology - Malaysia
Educational exchanges
Teachers - Attitudes
Mohd Fasiah, Ellie Esterina
Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia
description Proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang selari dengan Revolusi Industri 4.0, memerlukan pengintegrasian teknologi baharu bagi meningkatkan prestasi guru dan murid. Analitik pembelajaran (AP) merupakan satu pendekatan yang mengukur, mengumpul, menganalisis dan malaporkan maklumat mengenai murid dan kandungan bagi tujuan memahami dan meningkatkan persekitaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penggunaan AP menggunakan pelantar pembelajaran digital Google Classroom (GC), DELIMa. Selain itu, kajian menentukan hubungan kesediaan, kompetensi, penerimaan dan penggunaan GC terhadap penggunaan AP GC (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah. Penerimaan guru diukur dari empat faktor iaitu persepsi guru terhadap kebergunaan, persepsi guru terhadap kemudahgunaan, sikap guru dan hasrat perlakuan guru. Teori yang menjadi panduan dalam kajian ini ialah Model Penerimaan Teknologi, Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi dan Model Analitik Pembelajaran. Kajian ini dijalankan ke atas 304 guru sekolah menengah harian di Kuala Lumpur. Instrumen kajian menggunakan soal selidik secara dalam talian, Google Form. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics Version 26.0. Seterusnya, analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratus bagi setiap pemboleh ubah. Analisis inferensi dan regresi juga digunakan untuk melihat hubungan korelasi dan pengaruh antara kesediaan, kompetensi dan penerimaan guru terhadap penggunaan AP GC dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan guru. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan AP GC guru sekolah menengah di Kuala Lumpur secara keseluruhan adalah rendah. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara penggunaan GC dan kompetensi guru dengan penggunaan AP GC. Manakala, terdapat hubungan signifikan yang positif yang sederhana antara pemboleh ubah kesediaan guru, persepsi guru terhadap kebergunaan, hasrat perlakuan guru, sikap guru dan persepsi guru terhadap kemudahgunaan. Analisis regresi pula menunjukkan penggunaan GC, kompetensi guru, persepsi guru terhadap kebergunaan dan kesediaan guru merupakan faktor peramal terhadap penggunaan AP GC. Kesimpulannya, kajian ini dapat mengkaji faktor peramal bagi penggunaan AP GC dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur. Cadangan untuk kajian akan datang ialah memperluaskan populasi kajian, mempelbagaikan kaedah kajian, menambah pemboleh ubah dan memperluaskan skop kajian. Kajian ini juga diharap dapat memberi gambaran serta menyumbangkan satu alternatif keperluan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berkaitan dalam merangka strategi bagi membantu guru membuat penyeliaan terhadap kesesuaian penggunaan AP GC.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Mohd Fasiah, Ellie Esterina
author_facet Mohd Fasiah, Ellie Esterina
author_sort Mohd Fasiah, Ellie Esterina
title Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia
title_short Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia
title_full Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia
title_fullStr Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia
title_full_unstemmed Faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan Google Classroom (DELIMa) dalam kalangan guru sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia
title_sort faktor peramal penggunaan analitik pembelajaran menggunakan google classroom (delima) dalam kalangan guru sekolah menengah di kuala lumpur, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2022
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/113686/1/113686.pdf
_version_ 1818586158462926848